edDy sYrOl

Showing posts with label menu. Show all posts
Showing posts with label menu. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Menu Lunch: Sambal Telur Rebus + Sayur Kobis Pokcik


Ini nama dia sambal telur. Bahan-bahan dia basic bahan menumis, kemudian telur rebus, perasa dan minyak masak. Sedikit ayaq ye. step dia, kaw tumis ja bahan-bahan menumis, kemudian masuk sedikit air, tambahkan perasa, tunggu hingga matang (ayat matang cam sesuatu kan..hewhewhew). bila sambal ni dah pekat, sila masukkan telur. Oh..jangan dilupakan td waktu nak menumis masukkan sedikit belacan ya, sama ada dah dilarutkan atau di larutkan dalam kuali.



Ini kobis. Cara masak macam biasa saja.


p/s: lapar  =.='

Wednesday, August 15, 2012

Semuanya makanan


Cocktail katanya... hohoho



Ikan mee kari



Chicken chop


Sambal telur rebus goreng



Kobis ikan bilis



Ayam penyek... namun ayamnya tak penyek langsung... kecewa...

p/s: Makan biar sihat (~_~)

Friday, June 29, 2012

Lagi-lagi makanan

Suka tak yang ini? memang bukan aku buat lah kan....hohoho... haritu mkn kat pija... spicy arabiata... (~_~) dengan hot milky tea...


Ini nasi goreng cincai buatan aku.. sebenarnya rasa dia belacan tau, tp rupa dia tak semegah ye.. hohoho... ada mayo di situ...


Ini pula merupakan roti canai bersama kuah kari... tetiba ada telur mata di situ.. bahahaha




Ini sayur kacang bendi bersama kuah sardin.... konon lah kreatif.. eh, tp ok juga lah... :P


Sayur peria dengan telur.... mesti ramai pernah masak dan makan kan?



Sambal udang dengan telur rebus.... unik tak? wekkk... hahaha.. :P

P/S: makan memang best kan?

Friday, June 15, 2012

Ice Blended


Serious aku cakap dengan kaw, minuman ni adalah jenis minuman kegemaran aku. Aku tahu ramai yang lebih minat dengan milky tea, tapi aku lebih suka ice blended.

Biasanya, perasa kegemaran aku ialah vanilla + chocolate. Kalau tak pun mcm yang ini Vanilla + manggo. Tapi, biasanya aku memang mix dengan vanilla atau chocolate, kemudian plus satu perasa yang agak masam... gua suka masam2 ni dari kemanisan...


Di tempat aku tinggal ini, ada satu supermarket ni mmg jual ice blended ni. Dah lah murah, maka pokcik pun suka hati.. yeahhh...!!

p/s: teringin pulakkkkkkkkkkkk

Makanan saja


Ini namanya cacing pita.. eh eh, bukan!! ni namanya roti pita.. hehehe.. letak inti dinding daging ayam... paku pun tak faham apa tu dinding daging ayam, just tengok label dekat plastik tertera nama tu.


yang kiri namanya keropok lekor. enak di makan panas-panas ye. goreng biar garing, jangan lemau2.. tak sedap kaw tahu tak. yang kanan namanya spaghetti. tp buat simple saja. sebab lapar nak makan cepat2.. bahahaha...

kali ni tak ada resipi ya ibu2 bapa2.. sebab pokcik malas sikit... sekian

p/s: makan makan makan

Friday, June 8, 2012

Makanan saja


ni lunch tadi.. mee goreng mamak... sedap tp tak pedas langsung... huhuhuhu...


ice cream dgn black grape. baru je selamat dlm perut. lepas mkn ni aku sakit perut.. huhuhu

Sunday, June 3, 2012

Lunch: Ayam salai madu + Telur goreng mayonis


Baiklah, ini menu lunch tadi. Masak simple saja. Telur goreng mayonis ni mudah sangat-sangat. Just pukul telur dengan sedikit mayonis. Kalau banyak sangat nanti jadi rasa mayo, bukan rasa telur. Make sure kuantiti mayonis tidak sebanyak kuantiti telur. Setelah sebati, masukkan hirisan bawang merah dan putih. Kalau nak meriah, masukkan kekacang dan hirisan lobak merah. Aku goreng ni dalam kuantiti sedikit demi sedikit, sebab tu nampak banyak. mayonis tu buat dia jadi banyak dan kembang perawan (eh..!!) mayonis juga menyebabkan telur mudah garing. Maka, berhati-hati. Ni dua butir telur saja ni... Cukup 4 ke 5 orang makan.


Ayam salai madu pula aku main bantai saja ramuannya. Aku telah tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan halia secukup suka. Kemudian aku gaulkan pada ayam. Lepas itu aku tambahkan perencah secukup rasa, sedikit kari daging (padahal masak ayam), sedikit kicap manis ABC dan madu. Kemudian apa lagi, salailah... api bagi kecik ye kawan-kawan.

p/s: makan biar simple tapi enak

Friday, May 18, 2012

Breakfast: Burger telur dan Sup Bebola Ikan



Biasanya, breakfast merupakan satu hidangan yang perlu diambil dengan kadar yang mencukupi mengikut aktiviti yang kita akan lakukan pada pagi tersebut sehinggalah waktu makan tengah hari. Tetibe pokcik jadi pakar nutrisi.. ngeee...

Menu kali ini ialah burger telur dengan sup bebola ikan. Special tak? biasa je.... korang tengok pun pelik eh ghupe dia? kikikikiki.... sokey... janji kenyang. well, macam ni lah breakfast orang tak brapa nak bujang dan nak cepat.

Sup kelihatan sedikit hitam ye? cuba teka kenapa??????? sebab pokcik masukkan kicap dan sedikit rasa pedas. Pokcik suka kicap sebab kicap sedap.... kbai..

p/s: pastikan makan benda-benda berkhasiat sahaja ok

Wednesday, May 16, 2012

Lunch: Sambal sotong, ikan masin dan telur dadar

Simple saja lunch ni... Asal makan...
Malaslah na taip panjang-panjang.. nengok pics sajo.. bley? deal!


Ni sambal sotong. Yang warna hijau tu kacang panjang ok, bukan cili hijau.


Ni ikan masin yang ada kuah masin,pedas dan manis.


Ni telur dadar dengan hirisan sosej berkeju. auwmmm... kemain... hahha

p/s: tiada kata

Breakfast: Cucur bawang dan pisang goreng


Aku jarang breakfast benda simple (wah..!! kekwat). taklah, sebab aku ni walaupun slim river, tapi nafsu nafsi makan agak boleh tahan lah. Biasa kalau tak nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, mee segera dan lain-lain. Paling koman pun karipap atau kuih bengka yang tebal. huhuhuhu...

Ini adalah breakfast BERTAJUK cucur bawang dan dua ketul pisang goreng disertakan tea O panas. Cukup indah pagi hari dengan tea O panas. teruja..!! kaw tau tak camna nak buat cucur home made? mesti kaw tahu kan? ada yang tatau? sadisss....

Mudah saja. Dengan hanya menggunakan tepung gandum dan telur (secukupnya ikut saiz hidangan), gaulkan dengan air menjadi sebatian (rasa cam uji kaji kelas kimia). Kemudian, masukkan bawang yang sudah ditumbuk lumat sangat-sangat ke dalam adunan tadi. Masukkan juga garam dan perasa yang sepatutnya di dalam adunan. gaul lagi. Make sure jangan terlalu cair dan jangan jadi doh pulak. kaw kan nak buat cucur, bukan nak buat roti canai.... dah siap, bolehlah kaw goreng di dalam minyak panas, takpun simpan dalam peti semalaman, esok2 kaw gorenglah.

P/s: Selamat bersahur #tibatiba

Thursday, May 10, 2012

Dinner: Lima jenis lauk


Dinner malam ni banyak pula jenis lauk...

1. sayur kacang panjang ikan masin
2. Daging masak kicap
3. Ayam paprik
4. Sambal ikan bilis
5. Sup campur

sup campur tu aku ambik sotong je... sebab daging dan ayam dah ada. huhuhuhu... dan aku tak ambik kuah sup, malas...

Selamat dinner semua.

P/S: mari VOTE aku di SINI

Wednesday, April 25, 2012

Lunch : Pelbagai Hidangan


Ini merupakan sambal ikan. ikan ni aku goreng 70% masak dulu, kemudian baru gaulkan sekali dengan sos sambal tu. nak buat sos sambal tu silalah google.. hehehe...

Ikan masin namanya ye bagi sesiapa yang tak kenal. nampak agak bersepai di sini ye...hehehehe... macam ikan tu juga tadi, goreng dulu ikan masin ni tapi jangan garing sangat, kemudian tumis bahan-bahan seperti bawang merah, bawang besar, cili kaler putih tu cili ape? (lupa..bahaha). gaulkan sekali ikan masin tu... siap!!


Ayam tofu masak tiram. nampak menyelerakan tak? first time masak ni, ok lah jugak... hehehehe... sayur campur, ayam secukupnya, tofu sebatang/dua batang, sos tiram, dan perasa yang berkenaan. campak2 je... eh... hehehe..


Ampap ikan sepat. cara buat ampap ley google gak ye... nak terangkan susah sikit, rumit.. dia cam masak ikan rebus... tp ikan rebus ada kuah yang masin melimpah. ampap pulak kuah dia lite2 sajo...


ini hidangan catering sekolah. mampu aku buat ini? hahaha... kerjasama singkat aku dan abang aku. dapat info dalam masa 3 jam kene siapkan. stress terus... menu simple saja. telur goreng dan ikan sardin. tapi memang bubuh bahan-bahan tambahan le bagi sedap. juga menambahkan rupanya yang lazat. kata catering kan... hehehehe...
Link
maaf lah ya menu kali ini kurang cara-cara memasaknya, well semuanya boleh ditemui melalui google.... selamat masak kepada yang rajin nak masak...

p/s: agak mengantuk kini =.=' 4.10 pm kalau rajin VOTE pokcik di SINI ok..

Sunday, March 25, 2012

Breakfast: Mee goreng udang ala mamak

Justify Full
Kaw kaw sekalian suka tidak makan mee goreng? mesti ramai yang suka kan? pilihan paling tepat kalau malas nak makan nasi ialah memilih menu berasaskan mee termasuklah mee goreng. Mee mamak adalah antara menu yang kebanyakan orang-orang suka nak makan. Maybe sebab mee mamak ni agak pedas ye. Orang Malaysia kan suka pedas-pedas.

Ni aku buat tadi pagi. Ekceli perancangan asal nak buat kwe tyau (ejaan kompius di sini) goreng udang. Tapi bila aku check benda tu dah takboleh pakai. expired sudahhh.. maka option lain setelah aku dah penat-penat basuh udang ialah mee kuning.

Cara dia simple saja, macam goreng mee yang lain. Cuma yang ni bahan dia simple-simple saja. Bawang merah dengan bawang putih di hiris halus. Make sure ada cili boh. Udang aku potong dua supaya secara psikonya nampak banyak (bahahaha). Goreng biasa saja ya kawan-kawan. Make sure mee goreng mamak ni dia kering sedikit ye, dan pedas...

p/s: tadi makan kenduri (~_~)

Friday, March 16, 2012

Lunch: Ayam halia dengan sos tiram

Dah lama rasa nak masak sendiri ayam masak halia. baik utk perut katanya. huhuhuhu.. so, hari ini aku masak lah ayam masak halia. tapi, aku tambahkan sedikit rasa sos tiram sebab aku memang suka dengan sos tiram dalam makanan ye tuan-tuan dan puan-puan.

well, kaw nampak tak ayam tu just 3 ketul? yesss... memang 3 ketul je punggg... first time aku masak sesikit ini, biasa kalau aku masak mesti untuk satu kampung makan. kbai..!! TIPU... huhuhu. harini aku lunch sorang2 saja, so masak sikit lah.

FYI, aku goreng dulu tau ayam ni, bagi dia masak separuh. sebab aku just masak tiga ketul tau. so, kalau masak tiga ketul ni, risau pulak ayam tak sempat masak, kuali dah kering kontang hangus. tapi sebenarnya boleh juga, just bagi tambah air banyak sikit. so nanti bila air dah hampir kering, ayam pun dah empuk. oleh kerana aku jimat air, aku tak buat macam tu. =.=' ok tipu lagi.

selamat mencuba

p/s: aku suka ayam sangat2 (~_~)

Dinner: Kari kerutuk ayam + Pucuk paku

ini kari kerutuk ayam. kenapa dinamakan kari kerutuk, aku pun tak tahu. bahan-bahan dia simple. bahan tumis macam biasalah ok. mesti ada kerisik dan kari ayam. tapi yang kat atas tu guna kari daging tau, sebab kari ayam habis =.='

kalau anda sukakan pedas, silalah tambah cili atau apa2 perasa yang menjadikan makanan ni pedas. cara buat dia sama dengan cara buat rendang kering. (~_~)



ini kalau kaw tak tahu, ialah pucuk paku. nak masak sayur pucuk paku pun sgt senang. sesuai dgn orang2 bujang sayur ni. bahan tumis mcm biasalah. masukkan sedikit udang ye. make sure, time masak ni kena masukkan batang lembut dia dulu. bagi dia layu. kemudian, baru masukkan pucuknya. jgn masuk batang dengan pucuk sekali, nanti pucuk tu terlebih layu pula.

p/s: rindu masakan ibu =.='

Lunch: Nasi Goreng Pokcik + Jus tembikai kuning


Nasi goreng yang simple2 saje... korang tgk sekali pandang pun dah nampak kan dan tahu ape bahan2 dia. well, inilah nasi goreng orang bujang.

yang bestnya, first time buat jus tembikai kuning. rasa dia sedap sebab tembikai kuning ni memang kebetulan yang sedap dan manis. texture tembikai ni pun lawa. korang yang belum pernah cuba minum jus tembikai kuning, bolehlah mencuba.

p/s: suka makan (~_~)

Thursday, February 23, 2012

Lunch : Kobis dan Sardin

1. Sayur kobis dengan telur.

Masak sayur kobis ni simple saja. tapi kali ini aku buat buh telur. bahan dia yang basic nak masak sayur lah, kaw tau gak kan? then masukkan bahan tumis dalam minyak yang dah panas. kemudian masukkan sayur kobis. make sure kobis tak lencun lagi, sedikit alihkan kobis itu dari tengah kuali (maksud aku bagi dia ke tepi kuali sat biarkan ruang tengah kosong) dan pecahkan sebutir telur. oh..make sure tadi dah masukkan air ye. biarkan telur tu kejap sampai putih telur jadi kembang. kemudian gaulkan dengan kobis tadi. masukkan cili hijau bagi hot2 sikit. perasa seperti garam secukupnya jgn dilupakan. siap!

2. Sambal sardin

ada kah sambal sardin di muka bumi ini? ada sajork.. ekceli ni just tambah sedikit bahan saja untuk jadikan dia ala2 sambal. tumis bawang merah, sedikit bawang putih, halia dan cili hijau. masukkan belacan yang dah dilarutkan. kemudian masukkan sardin yang kaw dah beli ready made dalam tin tu ye. buh sedikit perasa. nak pedas beli lah sardin pedas, kalau tak pun beli yang tak pedas tapi buh cili banyak sikit. siap!

p/s: makan adalah untuk hidup, bukan hidup untuk makan semata-mata.

Wednesday, February 22, 2012

Top 5: Makanan Kegemaran Ku

1. Nasi Lemak

Ya Allah, memang aku sangat-sangat suka nasi lemak. kalau boleh nak makan hari-hari. kakak aku kalau buat nasi lemak memang meleleh. sangat sangat superb. tapi, ada nasi lemak yang ada ayam rendang, yang tu aku tak suka. sebab kuah rendang tu bercampur dengan sambal nasi lemak dah jadi tak sedap. kalau ayam goreng ok.

2. Soto Ayam

Serius aku nak bagitau kaw, soto di sabah antara paling best (macam aku pernah makan soto di negeri lain kan). tapi kakak aku pun cakap, dan a few members yang dari semenanjung cakap begitu. ini macam menu yang kerap aku pesan kalau makan di restaurant. kalau dah pening2 fikir nak makan apa, soto ayam lah jawapannya. kalau kaw datang KK, aku bawa satu tempat yang soto dia baeekk punya.

3. Kepak Ayam Panggang

Memang kegemaran. di daerah aku tinggal pun ada jual lah kan kat pasar malam. tapi..!! tak best.. sorry to say lah. yang aku sangat suka ialah di tanjung lipat, likas kota kinabalu. aku lupa nama gerai tu tapi dia dekat area paling hujung kalau dari parking kereta. sedap sesangat. yang penting sambal cecah dia tu yang power. aku kalau gi sana order nasi putih dengan kepak ayam saja. kenyang dan puas hati.

4. Bubur Kacang Hijau

Ni refreshment paling best. apa lagi time dia panas, ohoooooooo... suke3. my mummy buat sedap! kalau bubur ni just kacang saja pun aku suka, toksah bubuh apa2 yang lain. sedap3x..


5. Ayam Masak Merah

Lauk yang di makan dengan nasi putih yang masih lagi panas. nikmat! ni menu wajib di hari raya. mak aku kalau buat ni aku sangat suka. tak pedas sangat, dan sedaplahhhhhhhh... bilalah dapat makan mak masak lagi :(

gambar sumber daripada google.com

p/s: tadi akak masak kari telur. first time nampak. tak sabar nak rasa!

Tuesday, February 14, 2012

Lunch: Sup Telur Tomyam Putih


Sebenarnya, resipi ini aku nak buat sup telur. alaaaa, sup biasa. tapi telur tu direbus dululah. most of sup telur orang pecahkan satu demi satu demi satu ke dalam kuah sup. tapi yang ini tidak.

Tetiba, dah hampir nak masak ni, aku cari punya cari perencah sup tak ada lah. aku kalau bab buat perencah sendiri sure tak terror. oleh kerana aku terlihat perencah tomyam putih, maka aku gunakan saja perencah itu. alang-alang aku dah tumbuk lumat semua bahan-bahan asas sup, haruslah teruskan masak sup. telur pun dah siap rebus fully boil.

Cara buat resipi ini sama saja dengan buat sup sup lain yang simple. bahan-bahan isi sup yang aku guna ialah telur yang direbus sempurna (bukan separuh masak), tomato hijau serta kentang yang kedua-duanya dihiris dadu. bahan tumis pula seperti biasa iaitu bawang merah, bawang putih, halia (semua ditumbuk lumat) serta kayu manis dan bunga lawang.

So, sup ini ada rasa tomyam dan rasa sup. eh, ayat aku ni kenapa? errr..kbai.

p/s: Simple but nice (~_~)

Sunday, February 5, 2012

Breakfast: Pelbagai


tatau nak describe nama menu ni. ada telur hancoq. ada daging burger dan juga ayam panggang. hah... breakfast le sangat... hohohoho