edDy sYrOl

Friday, June 8, 2012

Ingin kembali

Gambar sekadar hiasaan.carian google

Setelah habis solat jumaat, seperti biasa aku memang tak suka sama-sama berpusu dengan orang ramai keluar dari masjid. Aku tak berapa tahan berasak-asak di pintu masjid. Kadang-kadang agak sesak nafas. Seperti biasa juga, aku berdiri di jendela masjid yang luas. Jendela kaca yang sama, tempat aku berdiri.

Melihat orang ramai yang kelihatan kelam kabut, memakai sendal/selipar jepun dan kasut kemudian bergegas berlalu pergi. Seperti ada tujuan yang ingin dikejar dengan segera. Ada juga yang menyapa orang yang dikenali, kemudian bercerita di bawah lindungan bayang-bayang masjid, agar tidak terkena pancaran cahaya matahari yang terik. Aku masih memerhati.

Lalu, aku didatangi oleh seorang pakcik, yang juga saudara dekat abang ipar aku. Dia memberikan salam dengan sedikit senyumannya di bibir. Aku terkejut kerana pakcik ini masih mengenali aku. mestilah pakcik ingat, yang datang rumah waktu kenduri di rumah pakcik hari tu kan? aku cuma mengangguk. pakcik tu tanya, sekarang di maktab mana? aku tambah terkejut!! rupanya pakcik tu fikir aku dapat tawaran KPLI. bila aku cakap aku tidak dapat, wajah dia sedikit muram. Apa lagi bila tahu yang aku tidak dapat tawaran menghadiri interview KPLI, katanya kalau ada surat tawaran interview, dia boleh tolong. Dia merupakan seorang bekas guru. Guru bahasa Inggeris. Aku katakan pada dia, bukan rezeki aku. Kemudian dia pergi, setelah memberikan aku sedikit kata-kata semangat. Don't give up. Aku senyum.

Aku kembali merenung ke luar jendela. Melihat orang ramai yang semakin kurang jumlahnya. Tiba-tiba aku rasa seperti ingin kembali. Kembali mengulangi masa-masa belajar yang cukup manis. Kerana saat aku bangkit dari tidur, aku masih merasakan yang baru semalam aku bersalam dengan TYT dan menerima scroll. Seakan baru semalam aku berada di kaunter pendaftaran menjadi salah satu dari manusia yang bergelar mahasiswa. Ya, sepertinya baru semalam.

Hati aku jauh di belakang. Mengenangkan masa lalu. Terasa aku ingin sekali kembali. Ya Allah, aku ingin kembali belajar. Sangat kuat perasaan ini walaupun dibebani ketidakupayaan diri. Aku harap satu hari nanti aku dapat kembali, walaupun tidak pada masa yang sama, tapi dalam situasi yang serupa.

p/s: kembali bermimpi

2 comments:

Anonymous said...

semoga menjadi guru yang baik.

Unknown said...

:) <-- saya letak smiley begini sebab saya tak ada kata-kata hebat untuk diberi. tapi harap awak boleh tersenyum setiap kali melihatkan ia.

sila berusahalah!