gambar hiasan
"alaaaa.... anak akak kecik lagi.baru masuk darjah, tak perlu lah kot nak paksa2 solat.besar nanti barulah.dia tak tau apa2 lagi tu."
"bacaan solat pun dia tak tahu, buatpe nak suruh dia solat.budak kecik apa dia tahu?"
"mama papa kata adik tak payah solat..adik takde dosa lagi."
p/s : ada orang yang bagi alasan belum tiba masanya dia solat sebab hati belum ikhlas. so bila nak ikhlas solat tu? (~_~)
"alaaaa.... anak akak kecik lagi.baru masuk darjah, tak perlu lah kot nak paksa2 solat.besar nanti barulah.dia tak tau apa2 lagi tu."
"bacaan solat pun dia tak tahu, buatpe nak suruh dia solat.budak kecik apa dia tahu?"
"mama papa kata adik tak payah solat..adik takde dosa lagi."
mcm ni lah dialog2 yang aku percaya kita semua biasa dengar. anak-anak kecil dikatakan tak perlu solat, sebab masih kecil lagi. sebenarnya itu salah. pernah dengar kan melentur buluh biarlah dari rebungnya ? bukahkah pepatah melayu ini sendiri memberi gambaran bahawa kalau kita mau membiasakan insan itu melakukan sesuatu yang BAIK,harus dimulakan dari awal usia mereka.
ibu bapa perlu memberikan contoh pada anak-anak.contoh yang baik dengan mengajak anak2 kecil ini sama2 solat berjamaah.bukankah tabiat semulajadi anak2 suka meniru perbuatan orang lain, nah! ini memudahkan kita untuk membiasakan mereka dengan solat.
Rasulullah saw ada memberikan panduan bahawa anak2 sudah boleh diajar solat seawal umur 2 atau 3 tahun. berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Tabrani dari Abdullah bin Habib,bahawa Rasulullah pernah bersabda " jika seorang anak sudah mengetahui dan dapat membezakan tangan kiri dan kanan,maka perintahkanlah dia untuk mengerjakan solat."
disiplin terhadap solat perlu dikukuhkan lagi apabila anak-anak sudah mencecah usia 7 tahun. dalam hadis riwayat Al-Hakim dan Abu Dawud, Rasulullah bersabda "Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukullah dia demi sembahyang pada usia 10 tahun, dan pisahkan antara mereka di tempat tidur." hadis ini sendiri menyatakan galakan solat kepada anak2 kecil malah perlu dihukum jika mereka tidak solat ketika usia 10 tahun (hukuman yang tidak mencederakan fizikal dan mental).
hendak seribu daya, mahu seribu cara. kalau kita mahu memang kita mampu untuk mendidik anak2 kecil kita yg comel2 itu untuk mencintai solat.indahnya hidup kalian wahai ibu dan ayah andai kata anak2 kalian yang kecil sudah mahu bersolat.
p/s : ada orang yang bagi alasan belum tiba masanya dia solat sebab hati belum ikhlas. so bila nak ikhlas solat tu? (~_~)
4 comments:
aku dulu kena pukul kot tak solat
aku taklah kene pukul, tp kene pulau oleh sibling
salam..
elok dan sangat dituntut..awal lagi belajar solat..
melentur bulu biaq dari rebungnya..yer dak?ni rebung dah jadi lemang,liat dahla..haha
Post a Comment