edDy sYrOl

Showing posts with label exclusive. Show all posts
Showing posts with label exclusive. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Aku sayang mak sangat-sangat


Walaupun sambutan hari ibu secara rasminya yang disambut serentak ahad lalu (semalam) telahpun berlalu, tetapi belum terlambat kiranya aku nak buat entry special buat mak tercinta.

Mak, terima kasih sebab susah payah lahirkan aku. Aku tahu bukan senang semua itu, apa lagi waktu aku lahir adalah waktu menjelang maghrib (isnin), mesti ada sedikit kepayahan melahirkan di rumah. Tidak terbayang rasa sakit mak waktu itu. Maafkan aku mak sebab buat mak rasa sakit.

Mak, terima kasih sebab selalu ironkan baju aku sebelum ke sekolah. Biasalah budak sekolah rendah kan, banyak karenahnya. Mesti mak penat bangun awal-awal awal pagi siapkan semua perkara. Bila lepas subuh, bapa mesti suruh mengaji dulu sebelum sekolah. Bila mengaji selalu bapa marah tapi bapa tak rotan. Bila habis mengaji, mak mesti pujuk dengan kata-kata manis supaya kami pergi sekolah dengan semangat.

Mak, peperiksaan terbesar aku yang pertama, UPSR. Aku ingat lagi cikgu-cikgu di sekolah gigih adakan kelas tambahan. Kelas tambahan waktu petang, biasanya aku tidak balik. Just stay di sekolah. Mak susah payah jalan kaki lebih 500 meter semata-mata mau hantar lunch. Mak, maafkan aku buat mak penat. maaf sangat-sangat.

Mak, maafkan aku sebab tidak menjadi insan cemerlang dalam akademik. Maafkan aku sebab pernah dapat nombor 21 waktu sekolah. Maafkan aku sebab waktu kecil selalu merajuk. Maafkan aku sebab pernah gagal subjek english. Maafkan aku sebab buat mak selalu menangis tiap kali aku nak balik ke kampus sebab cuti dah habis. Maafkan aku sebab belum mampu balas sepenuhnya jasa-jasa mak. Maafkan aku sebab tidak dapat dekat dengan mak waktu mak masuk hospital. Maafkan aku sebab tidak dapat hari-hari cium tangan mak.

Mak, walaupun kita jauh dari segi jarak, aku selalu doakan mak. Semoga Allah swt selalu mengiringi perjalanan mak di sana. InsyaAllah, satu hari yang indah, aku akan datang juga ke sana. Aku rindu mak sangat-sangat. Hanya Allah yang tahu bertapa aku sayang mak sangat-sangat.

p/s: hari-hari adalah hari ibu buatmu.. Jubaedah Kalsum Binti Basuni

Sunday, February 12, 2012

Eksklusif bersama Syed Shamim Al Idrus


Assalamualaikum sahabat-sahabat Eddy Syrol.

Dengan penuh yakin ES rasa ramai dah tahu tentang kewujudan Clora Studio yang kini sedang hot dengan kehadiran Tasha Manshahar. Sebelum ini, blogger Ammar Yasir ada menulis satu entry khas berkenaan Tasha Manshahar (click sini). Sesiapa yang dah dengar dan saksikan cover version lagu Mr. Saxobeat Tasha (click sini), ada seorang jejaka yang bermain guitar dan berduet dengan beliau. Itulah dia Syed Shamim. mari kita dekati Syed Shamim exclusive temu bual ES bersamanya melalui laman Facebook.

Biodata

Nama Penuh : Syed Shamim Al Idrus Syed Abdul Kadir

Nama Panggilan: Syed Shamim

Tarikh Lahir: 27 Februari 1993

Asal: Seremban, Negeri Sembilan

Tinggi: 168cm

Berat: 52kg

Pendidikan: SK. Seri Kelana, Seremban (primary)
SMK. Dato Hj. Mohd Reza, Seremban (Secondary)
SMK. Dato Sheikh Ahmad, Seremban (Secondary)
Institut Pendidikan GuruKampus Ilmu Khas, Cheras [Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan] (sekarang)

Kegiatan Masa Lapang: Apa sahaja berkaitan muzik

Tokoh Luar/dalam negara: Tan Sri P.Ramlee, Jason Mraz, Bruno Mars, John Mayer



Menurut Syed Shamim, beliau meminati bidang muzik kerana bidang ini sudah sebati dengan dirinya, apatah lagi ayah beliau merupakan seorang guru muzik sambilan dan merupakan seorang pemuzik. Ayah beliaulah yang memberi bimbingan padanya tentang dunia muzik semenjak kecil lagi.

Apabila ditanya mengenai pendorong Syed Shamim dalam bidang seni muzik/seni suara, beliau menyatakan bahawa keluarga dan rakan-rakan menjadi pendorong kuat dalam bidang ini. Selain itu, Tasha Manshahar sebagai salah seorang daripada Clora Studio juga adalah yang banyak menyokongnya untuk terus berdiri memperjuangkan minatnya.

Penggabungan Syed Shamim dan Clora Studio berlaku tanpa dirancang. Bermula dengan menemani Tasha bertemu dengan sekumpulan remaja yang menguruskan hal videografi lagu Tasha, lalu bertitik tolak dari itu mereka mula berkawan dan menyanyi bersama. Melihatkan keserasian yang wujud antara mereka semua, dengan idea bersama maka tertubuhlah Clora Studio.
Bercakap mengenai personaliti tanah air, Yuna menjadi sumber rujukan Syed Shamim. Beliau kagum dengan seorang gadis biasa yang kini menjadi luar biasa dari segi muziknya. Harapan Syed Shamim agar ramai yang akan menerima muzik yang diperjuangkan oleh beliau yang dipengaruhi oleh genre acoustic pop yang beliau rasakan tidak ramai penghibur malaysia perjuangkan. Harapan beliau juga agar peminat muzik Malaysia akan terus menyokong Syed Shamim, Tasha Manshahar dan Clora Studio di dalam industri seni tanah air.

p/s: Nantikan single pertama Syed Shamim yang kini dalam proses dan like Fan Page Syed Shamim di SINI.