edDy sYrOl

Monday, May 14, 2012

Aku sayang mak sangat-sangat


Walaupun sambutan hari ibu secara rasminya yang disambut serentak ahad lalu (semalam) telahpun berlalu, tetapi belum terlambat kiranya aku nak buat entry special buat mak tercinta.

Mak, terima kasih sebab susah payah lahirkan aku. Aku tahu bukan senang semua itu, apa lagi waktu aku lahir adalah waktu menjelang maghrib (isnin), mesti ada sedikit kepayahan melahirkan di rumah. Tidak terbayang rasa sakit mak waktu itu. Maafkan aku mak sebab buat mak rasa sakit.

Mak, terima kasih sebab selalu ironkan baju aku sebelum ke sekolah. Biasalah budak sekolah rendah kan, banyak karenahnya. Mesti mak penat bangun awal-awal awal pagi siapkan semua perkara. Bila lepas subuh, bapa mesti suruh mengaji dulu sebelum sekolah. Bila mengaji selalu bapa marah tapi bapa tak rotan. Bila habis mengaji, mak mesti pujuk dengan kata-kata manis supaya kami pergi sekolah dengan semangat.

Mak, peperiksaan terbesar aku yang pertama, UPSR. Aku ingat lagi cikgu-cikgu di sekolah gigih adakan kelas tambahan. Kelas tambahan waktu petang, biasanya aku tidak balik. Just stay di sekolah. Mak susah payah jalan kaki lebih 500 meter semata-mata mau hantar lunch. Mak, maafkan aku buat mak penat. maaf sangat-sangat.

Mak, maafkan aku sebab tidak menjadi insan cemerlang dalam akademik. Maafkan aku sebab pernah dapat nombor 21 waktu sekolah. Maafkan aku sebab waktu kecil selalu merajuk. Maafkan aku sebab pernah gagal subjek english. Maafkan aku sebab buat mak selalu menangis tiap kali aku nak balik ke kampus sebab cuti dah habis. Maafkan aku sebab belum mampu balas sepenuhnya jasa-jasa mak. Maafkan aku sebab tidak dapat dekat dengan mak waktu mak masuk hospital. Maafkan aku sebab tidak dapat hari-hari cium tangan mak.

Mak, walaupun kita jauh dari segi jarak, aku selalu doakan mak. Semoga Allah swt selalu mengiringi perjalanan mak di sana. InsyaAllah, satu hari yang indah, aku akan datang juga ke sana. Aku rindu mak sangat-sangat. Hanya Allah yang tahu bertapa aku sayang mak sangat-sangat.

p/s: hari-hari adalah hari ibu buatmu.. Jubaedah Kalsum Binti Basuni

6 comments:

Unknown said...

semoga mak eddy panjang umur dan murah rezeki

hyz said...

saya syg mak saya jugak... eh aku nak jdkan ko mak angkat aku leh x?

Unknown said...

kau buat aku nanges!

hawiz said...

hurmm...cukup tersentuh...semoga mak kita semua panjgn umur dan sehat sentiasa ....amin...syg mak saya gak!

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

syurga anak dibawah tapak kaki ibu.. peace :)

aindzaya said...

sebaK sungguh ^^