edDy sYrOl

Sunday, June 9, 2013

Pen Merah Pen Biru

Kalau dulu, warna pen merah dan pen biru menjadi debaran bagi pelajar sekolah. Dakwat pen merah pada kad kemajuan sekolah menunjukkan pelajar gagal. Dakwat pen biru (atau kadang-kadang hitam) menandakan pelajar lulus. 

Dulu, yang guna pen merah guru saja. Pelajar guna pen biru. Sekarang pelajar pun guna pen merah, nak buat garisan pada buku bagi cantik.

Ada juga dulu, orang-orang yang sedang mabuk asmara berpantun ria. Pen merah pen biru, you marah i love you. 

Tapi kan, adakah merah dan biru dulunya merupakan warna masa hadapan? Mungkin masa kini yang kita sedang lalui adalah rentetan dari si merah dan si biru. 

sumber grafik dari google


Pen merah dan pen biru menghasilkan warna berbeza. Warna merah dan warna biru. Masa depan kita juga berwarna. Dari satu kain putih bersih, dipalitkan warna yang berbeza-beza. Akhirnya timbul corak yang menjadikan siapa kita sekarang. 

Tapi apa yang lebih menakutkan, apabila kita  tidak pasti adakah corak yang terhasil adalah corak yang memberi makna, atau hanyalah satu corak yang sia-sia. Dalam satu penghasilan seni, tiada corak yang sia-sia. Tetapi bagaimana dengan hidup?

p/s: kita tidak tahu nasib kita, dan itu amat menakutkan. 

3 comments:

fahmi arshad said...

Btul2... Bayi yang lahir ibarat kain putih...Didikan dan pengaruh luar mg bagi influence pada warna apa yg dipalitkan.. Tetapi fate mmg teletak kat tgn kita...as long we try to do our best dan sentiasa cuba mncari keredhaanNya.. pepun Nobody's Perfect!!! (>_<)

fahmi arshad said...

Btul2... Bayi yang lahir ibarat kain putih...Didikan dan pengaruh luar mg bagi influence pada warna apa yg dipalitkan.. Tetapi fate mmg teletak kat tgn kita...as long we try to do our best dan sentiasa cuba mncari keredhaanNya.. pepun Nobody's Perfect!!! (>_<)

Piqah Bagus said...

puitisnya pokcik ku ni.. :p