edDy sYrOl

Tuesday, December 25, 2012

Perjalanan Kita Jauh atau Dekat?


Kita memang digalakkan untuk memandang ke hadapan. Memandang hari-hari yang mendatang. Dalam Islam sendiri kita dituntut untuk melakukan sesuatu perkara hari ini, untuk hasil yang baik di kehidupan mendatang (alam kekal). Maka berlatalah kita manusia di muka bumi ini melakukan seberapa banyak perkara baik agar ianya membuahkan hasil yang ranum di sana nanti. 

Kita berjalan, berjalan dan terus berjalan mencari kehidupan. Ada yang sudah menemuinya dan ada yang masih kekal mencari. Janganlah berputus asa di atas keterlambatan kita yang masih belum menemui kehidupan seperti orang lain. Memang tidak dinafikan nasib manusia itu berbeza. Ada yang cuma perlu berjalan sedikit sahaja kehadapan lalu menemui kehidupan bahagianya sebagai manusia. Namun, ada juga yang berjalan sejauh luasnya tanah tetapi belum memperolehi apa-apa. 

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" ((Al-Bakarah, 2 : 153)

 Kita ada jalan hidup berbeza, kerana matlamat kita biasanya berbeza (walaupun akan bertemu matlamat akhir yang sama). Nasib kita juga berbeza dan kita akan memperolehi nikmat dengan cara yang berbeza. Jalanilah kehidupan kita selayaknya kita sebagai manusia, yang hanya mampu berusaha dan berharap yang terindah akan berlaku dalam hidup.

p/s: untuk aku, untuk kita

3 comments:

Hans Hanis said...

betul...ke arah sama tapi perjalanannya berbeza

PemilikCahaya said...

inshaALLAH...perancangan perlu ada tinggal lagi berserah pada Pencipta

hawiz said...

yea..teruskan berjalan mencari lorong yg betul..ade yg jumpe tapi xsemestinye gembire..ade yg belom tp hidupnye gembire..masing2 telah ditetapkan oleh NYA.. sama2 lah kite berusaha ..