edDy sYrOl

Monday, December 31, 2012

Hari Terakhir 2012



Meniti hari-hari terakhir di tahun 2012, mengenangkan kembali apa yang telah berlaku disepanjang tahun ini. Pencapaian, suka, duka, tawa, tangis, keriangan, kegundahan, kegagalan, dan sebagainya. Semuanya berputar-putar dalam kepala pokcik ni.

Bermula dengan tarikh 1 January 2012, pokcik cuba imbas kembali setiap detik perjalanan hidup pokcik di tahun ini. Pokcik akui bukan semuanya keriangan, tapi tidak semuanya kedukaan. Ada detik-detik manis yang pokcik lalui dan InsyaAllah takkan dilupakan. Kedukaan akan dijadikan sebagai inspirasi dan mungkin motivasi untuk memperbaiki diri. Kedukaan mungkin kerana kegagalan mencapai sesuatu, biasalah kita sebagai manusia pasti memiliki cita-cita. Andai cita-cita itu belum tercapai, nah! Di situlah kedukaan. Melihat yang lain telah berada di landasan yang tepat, pasti mengundang rasa iri. Tetapi iri hati yang wajarlah kerana bukannya iri hati yang menyebabkan kita berfikir oraang lain perlu jatuh. Bukan..... Melihat kejayaan orang lain menjadikan pokcik lebih bermotivasi, andaipun tidak menyebabkan pokcik mahu mencari sisi kekuatan meneruskan usaha menjadi seperti mereka. Optimis kan penting dalam kehidupan. 

Tahun 2012 merupakan tahun penuh doa. Pokcik rasa pokcik tidak lepas dari memohon setiap hari. Dalam doa mahupun sepanjang ingatan masih tersisa. Doa untuk ibu bapa tercinta, untuk keluarga yang masih mendukung, buat sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dalam meniti hidup, serta saudara seagama. Tidak dilupakan buat mereka yang telah tiada. Semoga mereka juga sentiasa mengingati pokcik dalam doa mereka. Aminnn....

Oh ya, detik yang paling menggembirakan mungkin ketika dapat bertemu ayah bonda ketika hari raya aidilfitri yang lalu. Bukan senang bertemu mereka yang jauh di tanah seberang, berjuang untuk matlamat hidup mereka yang dicita-citakan. Berjabat tangan, berpelukan dan mencium tangan mereka di hari yang cukup bermakna untuk umat Islam, satu hari kemenangan. Terima kasih ya Allah di atas peluang tersebut. InsyaAllah pokcik mahu mengulangi detik tersebut. 

Hari ini, di akhir tahun 2012, semoga apa yang kita kerjakan adalah perlakuan yang bermanfaat. Diharap perlakuan yang baik akan mengatasi perlakuan yang tidak baik, iaitu Allah menerima apa yang kita kerjakan ditulis sebagai pahala bukannya dosa (pahala mengatasi dosa). 

p/s: mahu memperbaiki diri dalam semua aspek kehidupan

4 comments:

hawiz said...

moga diberkati dan berharap agar ape yg pokcik impikan itu tercapai

amin

hawiz said...

moga diberkati dan berharap agar ape yg pokcik impikan itu tercapai

amin

Orang Kita said...

slamat tahun baru,,

eddy syrol said...

hawis & Poi : thx ye...