edDy sYrOl

Monday, February 20, 2012

Motivasi Kendiri: Hak dan Bukan Hak


Kau lihatlah langit yang terbentang luas, lihat juga kepada daratan yang seluas mata memandang, juga kepada laut yang terhampar, jangan dilupakan hutan yang menghijau. Tahukah anda bahawa semua yang telah disebutkan tadi mengandungi nikmat yang tiada taranya. Jika Allah swt mengizinkan rezeki yang ada di semesta alam ini adalah HAK kalian, maka ianya pasti akan terjadi.

Manusia melata di muka bumi adalah untuk beribadah kepada Allah swt. Konsep ibadah itu sangat luas. Jika kita bincangkan tidak cukup kiraan 7 hari seminggu. Rezeki merupakan rahsia Allah swt. Maka kita sebagai manusia tidak akan pasti jumlah rezeki yang kita akan perolehi.

Andai satu ketika, kita berusaha dengan penuh gigih, membanting tulang, berkorban seluruh kudrat untuk mencapai sesuatu dan keputusan akhir dari usaha itu adalah kegagalan, pasti kita akan kecewa bukan? tetapi itulah rahsia Allah swt. Jika sesuatu itu bukan hak kita, maka kita tidak akan memperolehinya. Rezeki yang kita perolehi dengan jalan yang baik adalah ketentuan Allah swt yang memberikan hak bertepatan dengan keperluan hidup manusia. Maka jika ianya masih belum menjadi hak kita, teruskanlah berusaha. minta pada Allah swt. Jangan bosan untuk meminta pada Allah swt kerana hanya Dia yang Maha Memberi nikmat dan Maha memberi rezeki.

Allah berkata dalam hadith Qudsi :

Wahai anak Adam, hendaklah kamu luangkan waktumu untuk beribadah kepadaku. Aku akan penuhi dadamu dengan kecukupan, aku akan tutup kefakiranmu. Kalau kamu tidak lakukan, aku akan penuhi kedua tanganmu dengan kesibukan dan aku tidak akan tutupi kefakiranmu”.

Hadith sahih : Ibnu Majah, Tirmidzi, Ibnu Hibban

Nah, bukankah ini sudah jelas menunjukkan bahawa rezeki itu rahsia Allah swt. Jika kita melakukan perintah-Nya yang tidaklah memerlukan kudrat yang besar, maka Allah swt akan limpahkan rezeki kepada kita. Bertapa kita menzalimi diri kita apabila menginginkan rezeki daripada Allah swt tetapi kita mengingkari suruhan-Nya.

Ingatlah bahawa kita ini hak Allah swt, dan apa yang menjadi hak kita adalah semuanya milik Allah swt.Jangan rungsing soal rezeki, masa mu akan tiba untuk menikmati apa yang orang lain miliki.

p/s: Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang bermanfaat dan rezeki yang tidak menyebabkan kami lupa akan Mu.

1 comment:

Muslim for life said...

InsyaAllah, segala yang terbaik hanya dtg dariNya.