edDy sYrOl

Thursday, May 8, 2014

Tidak oh Tidak

Pejam, celik, pastu pejam balik, kemudian celik balik....
TIDAKKKKK.... stress aku nak buka baju (tiberrrr..!!)

Masa bergerak dengan pantas kan. Keselesaan membuatkan kita lupa dan leka. Maka bila sudah tiba masanya keselesaan itu hilang, mulalah kita ingat bahawa setiap waktu dan ketika kita perlu berwaspada. Hidup ni memang rumit. Kita perlu lakukan banyak hal dan kita wajib untuk mendepaninya sama ada kita suka ataupun tidak...

Oh ya, buat sahabat aku Dian yang isterinya sudah berbadan dua, syabas!! abam jeles okeh!! Perut abam ni ja yang kelihatan berbadan dua (nangesss)... Semoga bayi yang lahir nanti menjadi anak yang soleh/solehah... aminnn.....

p/s: doakan abam kahwin esok...!!

Monday, May 5, 2014

Tiada Judul

Assalamualaikum....

Lamanya tidak menjengah blog ini. Malam ini terbuka hati, nak tulis sesuatu demi kelangsungan blog yang tidak seberapa ni.

Nak tulis apa??
ermmm.....
OK, ingin menulis permohonan maaf secara terbuka..!!

alkisah, tadi ada seorang makcik datang ke rumah untuk meminta sedikit bantuan. Cuma bantuan itu bukan dari tangan aku lah ya, dari tangan oranag lain. Yang menjadi permasalahannya, aku tidak mampu untuk menyampaikan hajat makcik itu kepada empunya diri. Maka, untuk tidak merumitkan lagi keadaan malam yang kelam lagi sunyi (dimana semua orang kebanyakannya sedang lena tidoq), aku TERPAKSA menipu makcik tersebut dengan memberikan alasan sewajarnya.

Kenapa aku sampai sanggup tipu makcik tersebut? Begini, orang yang ingin makcik tersebut temui aku dah kenal sangat sikapnya. Dia, jika hitam maka hitamlah baginya. Jika tidak, maka tidaklah ia walau apa yang kamu ingin katakan sekalipun. Maka, sebagai orang yang tersepit di tengah-tengah kerumitan, lebih baik aku lepas tangan dan memberikan alasan agar hidup aku lebih aman ye dak.

------------------------------------------------------------------------------ end of story ------

Apa khabar semua? sudah masuk hari isnin bertarikh 05/05/2014, hari Isnin.
Semoga kalian semua menemui kebahagiaan yang kalian cari. Untuk yang jauh di sana, abam eddy nak kirim salam... :-p

p/s: menunggu itu satu penyeksaan, tapi kesabaran itu bukti kekuatan.