edDy sYrOl

Thursday, July 6, 2017

Maaf

Bangun pagi seperti kelmarin, menjamah sedikit juadah sahur iaitu biskut oreo. Seperti selalu, aku minum 2 scoops protein dan diakhiri dengan air putih. Cukuplah InshaaAllah akan dapat memberi kekuatan sehingga waktu maghrib petang nanti. Aku juga bangun pagi dengan sedikit rasa yang tidak seperti biasa. Ada sedikit rasa kehilangan yang mana situasi bukan seperti biasa. Allah Maha mengetahui segalanya. Semoga rasa kehilangan ini terganti dengan rasa ketenangan. 

Setiap pagi aku selalu berdoa agar Allah permudahkan urusan kehidupan sepanjang hari. Hidup ini tidak mudah. Mungkin awak cuba berbuat baik sebaik mungkin, tapi belum tentu orang suka. Mungkin awak cuba untuk melakukan yang terbaik dalam setiap tindakan, tapi belum tentu orang puas hati. Macam yang aku cakap tadi, Allah Maha mengetahui. Dengan hanya berniat pun Allah akan memberikan ganjaran, apatah lagi dengan melakukannya. 

Sebenarnya, ada sekelumit rasa bersalah yang aku rasa sekarang. Tapi rasa bersalah ini terjadi kerana tindakan aku atas niat yang baik. Walaupun sebenarnya tindakan aku ini mungkin menyakiti satu pihak, tapi dari satu sudut kesan jangka panjangnya InshaaAllah sangat baik. Semoga Allah kuatkan hati-hati kita yang selalu goyah dalam melalui liku-liku kehidupan. Di usia sekarang aku sedar bahawa memang benar kehidupan ini tidaklah mudah. Malah jika aku imbau semula, hidup ini tidak pernah mudah. 

Aku ingin memohon maaf atas segala salah silap yang aku lakukan selama ini. InshaaAllah akan aku cuba perbaiki diri, mungkin bukan untuk orang lain tetapi untuk kemaslahatan diri sendiri. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita. Amin..

p/s: Salam Aidilfitri buat semua yang masih sudi (kalau masih ada) membaca blog picisan ini. Semoga Aidilfitri ini akan memberi makna yang terindah buat semua.