edDy sYrOl

Sunday, September 23, 2018

LUMRAH

Assalamualaikum w.b.t

Hi semua, 

Lama dah tak menulis sesuatu dalam blog. Rindu pula dengan kehidupan blog ni. Aku doakan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. 

Nak tanya pernah tidak anda menghadapi situasi dimana anda disgokkan dengan sesuatu permasalahan dan diminta untuk menyelesaikannya? Pernahkan dalam keadaan mencari penyelesaian, anda disogokkan pula dengan permintaan orang-orang sekeliling yang mengkehendaki anda untuk melakukannya dengan kadar segera tanpa mahu memperdulikan bahawa proses menyelesaikan masalah tersebut bukanlah mudah? 

Kalau soalan ini dilemparkan kepada aku, jawpannya ialah "Yes, I am". Situasi seumpama ini sebenarnya membuatkan aku berfikir bahawa adakah kebanyakan manusia memang tidak mahu meletakkan diri mereka dalam kasut orang lain untuk memahami sesuatu keadaan. Tapi, inilah lumrah kehidupan apatah lagi kalau anda memang perlu bekerja dengan orang lain. Bekerja dengan orang lain contohnya anda memerlukan kepakaran orang-orang IT, kepakaran orang-orang business architecture, dan sebagainya. Ataupun anda perlu report kepada seorang bos, yang di atasnya ada bos, dan ada lagi bos yang lebih tinggi. Well, dalam satu team macam ni, anda memang akan menghadapi kesukaran untuk memuaskan hati setiap seorang daripada mereka. Mungkin akan ada antara mereka yang denial untuk memikirkan apa masalah yang berlaku dalam kasut anda. Itu yang aku katakan lumrah kehidupan. 

Lumrahlah bila orang yang tidak berada dalam situasi kita tak mahu memikirkan apa-apa pun kesukaran yang anda hadapi. Bagi mereka yang penting adalah anda selesaikan permasalahan tersebut mengikut kehendak mereka. Tapi, Allah s.w.t Maha Adil dan Maha Pengasih. Setiap kesukaran yang kita hadapi pasti ada jalannya. Andaipun tiada jalan keluar sekarang, nanti akan ada petunjuk darinya. Mungkin di sinilah tuntutan bersikap sabar itu diperlukan. Aku percaya ada orang diluar sana yang akan berkata "ingat senang nak sabar, cakap senanglah". Kawan-kawan, Allah s.w.t tidak pernah menjanjikan kehidupan ini mudah. Sebab itu keputusan akahir hasil dari kesabaran itu manis. InshaaAllah. 

p/s: jangan putus berdoa. Allah Maha Mendengar. Merayulah kepadaNYA.