aku menghadap notebook nak buat kerja, tapi hati aku tidak pada apa yang aku pandang di hadapan aku. Hati rasa sunyi, kosong, dan ada yang tidak kena. Apa sebenarnya?
Pernah tidak anda menyesali apa yang anda pernah lakukan, dan cuba untuk memperbaikinya?semestinya. Dan adakah pernah berlaku apa yang anda cuba perbaiki itu tidak diterima oleh orang?mungkin pernah dan pati anda kecewa.
Manusia itu tidak pernah ada yang sempurna. Diciptakan dengan penuh tingkah yang salah, lalu terkadang akan menyesali apa yang dilakukan.
Pandang lah pada langit yang luas, dan lihatlah pada lautan yang terbentang. Pasti ada ketenangan di dunia yang cukup indah ini. Allah jadikan tempat yang serba nikmat, dan carilah apa yang kamu mahukan. Tapi sering kita leka dengan matlamat kita sendiri, lalu melakukan khilaf yang tidak termaaf.
Bintang akan berbicara, sekiranya anda berbisik padanya. Bulan akan memujuk hati mu yang luka, dan matahari akan menyinari sang gelap yang membungkam jiwa dan rasa mu. Katakan padaNya bintang aku perlukan ketenangan. Wahai sang bulan, sampaikan rindu ku pada syahdunya malam. Matahari, indahkanlah hari ku aats izinNya Maha Pencipta.
No comments:
Post a Comment