edDy sYrOl

Tuesday, December 23, 2008

bila seorang teman bercerita







seorang teman bercerita pada aku... dengan penuh syahdu dia memulakannya...






"Awak tau tak, semenjak saya kenal awk hati saya berbunga-bunga. Banyak perkara yang membuatkan saya rasa bahagia biarpun saya tak pernah memandang wajah awk. Gambar adalah. MMS….Pada saat itu, jarak kita yang jauh rasa seperti setapak sahaja di hadapan. Jarak ketika itu bukan seperti penghalang kepada perhubungan yang terjalin. Semuanya terasa cukup indah.

Kita selalu berkongsi cerita. Suka dan duka. Menangis bersama. Saya masih ingat bila awak ceritakan tentang sakit yang awak hidapi, sedihnya. Sedih saya kerana tidak mampu untuk berada di samping awak di saat awak menghadapi saat-saat yang amat sukar. Saat yang pasti menyakitkan bagi awak. Dengan proses itu dan ini bagi memastikan kesihatan awak kembali kepada sedia kala. Normal. Sihat dan ceria seperti biasa. Waktu tu, saya ada call awak. Ingat lagi tak, dalam telefon saya menangis. For the first time I was cry trough mobile phone. Sedihnya bila dengarkan suara awak. Awak sakit, tapi cuba untuk buat suasana jadi ceria. Awak cuba gembirakan hati saya. Awak cuba untuk tukar topic perbualan bila saya ajukan soalan tentang sakit awak. Bertapa saya sayang dekat awak.

Saya selalu tersenyum bila terkenangkan apa yang kita buat bersama. Secara berjauhan. Awak di seberang laut sana, dan saya di sini. Ingat lagi tak, kita buat assignment awak bersama-sama. Ingat lagi tak saya call awak bagi a few information yang awak minta saya cari. Lepas tu, saya siap emailkan lagi beberapa information yang related dengan beberapa soalan assignment yang awak dapat dari lecturer awak. Nasib baik awak ada edit report yang saya hantar tu, kalau tak memang masak la awak lecturer awak baca perkataan sayang sayang bucuk saya untuk awak…ermmmm… bertapa saya amat cintakan awak.
Saya tak tahu apa jadi dengan saya semenjak mengenali awak. Hampir setiap saat saya memikirkan awak. Hampir setiap masa saya terkenangkan awak. Tak pernah rasa jemu memikirkan awak. Kalau satu hari saya tak sms awak, saya rasa lain macam jew. Macam ada perkara yang masih tak selesai saya belum lakukan. Dan andainya satu hari tak menerima khabar awak, mesti saya termenung dan berfikir apalah yang sedang awak buat di seberang lautan sana? Ingatkah awak pada saya? Sayangkah awak pada saya? Tapi awak tau tak, selalu saya ingatkan diri saya bahawa awak memang sayangkan saya dan amat mencintai saya. Saya selalu yakini itu. Saya semat selalu di dalam hati saya.

Awak…. Tahu tak bila awak cakap awak nak ke luar Negara, ikut parent awak, bepergian selama beberapa tahun. Sedihnya saya. Sedangkan kita tak pernah bersua muka lagi. Bermesra kasih Cuma di dalam mobile phone, dan kini awak nak tinggalkan saya lebih jauh. Tapi tahu tak awak, saya tetap yakinkan diri saya bahawa satu hari nanti saya pasti akan bertemu dengan awak, sebab rasa cinta dan kasih saya pada awak. Atas sebab itu juga, saya sekali lagi saya yakinkan diri saya yang awak akan terus mencintai dan menyayangi saya, selamanya. Biarpun kita akan berjauhan dan kini lebih jauh lagi jarak kita. Semoga hati kita tak akan berjauhan awak.
Tapi awak…. Saya tak faham setelah hari raya aidilfitri hari tu, setelah sebulan saya tak dapat hubungi awak saat bulan puasa, awak seakan-akan nak putuskan hubungan kita. Kata-kata awak sendiri seakan akan mentafsirkan itu semua. Malah ketika saya call awak, awak selalu saja busy. Awak tahu tak, untuk kesekian kalinya saya yakinkan diri saya yang awak sebenar cinta dan sayangkan saya.

Dan awak tahu tak, masa tu saya tengah lepak dekat bilik junior saya. Dan kita bersms. Kita borak perkara-perkara ringan, sehinggakan kita borak tentang perhubungan kita. Saya sangat sedih awak. Awak bunyikan sms awak seakan-akan nak putuskan hubungan kita, tapi awak tak cakap direct. Awak bagi dalam bentuk kiasan. Dan apa yang lebih menyedihkan saya awak, pada hari itu dan saat itu awak memberikan alasan jarak yang jauh sebagai satu perkara yang akan menghalang perhubungan kita. Awak tahu tak, masa tu saya dah terkedu sangat. Nasib saya ada dekat bilik kawan, kalau tak mesti saya dah tak dapat kawal diri saya. Dan apa yang lebih menyedihkan saya ialah sms awak yang ini “saya takkan tinggalkan org yang saya sayang (parent saya) untuk orang yang saya suka (awak), dan saya takkan biarkan orang yang saya sayang (parent saya) untuk orang yang saya suka(awak)….” Ini antara baris sms awak yang buat saya betul-betul hilang kata. Saya ingat ini asalnya sms yang saya berikan pada awak, tapi awak ubah untuk memberitahu hasrat hati awak. Sedangkan sebelum ini saya tak pernah cakap awak tak boleh ikut parent awak ke luar Negara. Saya tak pernah cakap tak boleh awak. Awak boleh pergi. Pergilah. Tapi jangan lupakan cinta yang kita ada. Dan keduanya, adakah saya ini sekadar orang yang awak suka, dan tak tergolong dalam insan-insan yang awak sayang. Saya sangat sedih waktu itu. Balik bilik, saya rasa saya menangis. Itu perasaan saya. Tapi saya tak mahu menangis. Tapi awak, saya rasa macam saya menangis. Kenapa agaknya ya? Mungkin kerana apa yang saya tengah tanggung saat itu. Mungkin awak tak rasa. Saya terus cari di mana salah saya. Adakah diri saya sendiri yang membuatkan awak cakap mcm tu.

Setelah sekian lama saya tak dengar khabar tentang awak. Sangat lama. Saya asyik fikirkan awak. Apa khabar awak? Sedang buat apa? Masih sakit lagi ka? Semua saya nak tanyakan pada awak, tapi dalam situasi sekarang saya dapat rasakan yang seperti awak tak ingatkan saya langsung. Yang terkini, saya tahu awak dah kerja secara sambilan dekat KL. Saya selalu doakan awak semoga awak sihat selalu. Saya selalu berharap awak gembira mengghadapi hidup awak. Saya masih sayangkan awak. Tak pernah berubah hati saya pada awak.

Berita terbaharu yang saya dengar, awak dah ada orang lain. Sedangkan awak belum lagi ke luar Negara. Awak masih di Malaysia. Dan awak ada orang lain. Awak, belum terlafaz pun dari mulut awak yang kita perlu break off. Apa lagi dari mulut saya, dan kini awak dah ada orang lain. Awak…. Awak tahu tak apa yang saya rasa saat ini. Hati saya hancur. Hancur sangat-sangat. Awak tak kasihankan saya ka? Nampaknya awak tak sayangkan saya. Awak dah tak cintakan saya. Atau pun adakah dari dulu lagi awak memang tak sayang dan cintakan saya? Maknanya, alasan jarak kita yang jauh ni Cuma satu alasan semata-mata, sedangkan sebenarnya cinta awak dah beralih pada orang lain. Awak, selain dari jarak kita yang jauh, apa lagi sebenarnya salah saya pada awak sampai awak buat saya macam ini. Hari ini, untuk pertama kalinya saya rasa upset sangat dengan hubungan kita. Saya menangis lagi. Kenapa saya tak kuat? Untuk awak yang selalu saya tunggu, tapi hadiah hali lahir saya dapat adalah berita ini. Hadiah apakah ini awak? Sungguh istimewa hadiah ini, dan pasti akan saya kenangkan sehingga akhir hayat saya. Percayalah.

Satu lagi berita yang saya dengar, kini awak dah bersama parent awak jauhhhhhhhhhh di lautan sana yang lagi luas. Awak tahu tak apa yang kini saya fikirkan, saya harap awak akan selalu bahagia dengan perjalanan hidup awak. Awak pernah bercakap dengan saya mengenai cita-cita awak, impian awak yang terkandas dek kerana nak manjaga parent awak di sana. Saya doakan semoga impian awak yang tak tercapai itu akan terlaksana. Biarpun pastinya tidak dalam waktu terdekat ini, tapi one day it must be yours. Trust me.

Awak…. Saat ini saya masih rindukan awak. Jauh di sudut hati saya masih menyayangi awak. Kenapa kasih sayang saya taknak luput, saya sendiri tak faham. Tapi awak tahu tak, jauh di sudut hati saya juga tetap berharap satu hari nanti saya akan dapat bertemu awak. Bukan apa, saya betul-betul nak tahu awak siapa sebenarnya? Siapakah awak yang telah mencuri hati saya dari kejauhan… biarpun saya sedar saya tak mungkin berdiri di sisi awak sebab awak dah ada yang lain.

Awak tahu tak….? Saya Cuma nak awak tahu yang sayang dan cinta saya pada awak dulu dan kini, bukanlah sesuatu yang saya buat-buat. Ia adalah suatu perkara yang lahir dari hati sanubari saya. Ikhlas pada diri awak. Mungkin awak tak faham tapi itu bukan salah awak. Semua salah saya sebab mencintai awak. Ya, saya lah yang bersalah sebenarnya.

Awak, untuk terakhir sekali, saya mendoakan awak dalam semua perkara yang baik. Mungkin amat susah untuk saya lupakan awak, mungkin tidak akan lupa tapi biarlah. Itu hidup saya, asalkan tidak mempengaruhi hidup org lain. Cukup! Awak tahu tak, saya juga takkan bencikan awak dengan apa yang berlaku. Hati dan perasaan saya tetap sama, namun awak tahu tak, saya akan pastikan awak takkan pernah lupa siapa saya bila satu hari nanti kita bertemu. Bukan mengharap satu hari nanti kita akan kembali bersama, tidak. Tidak sama sekali… (kata putuskan hubungan pun tak terlafaz), namun saya Cuma nak awak still ingat siapa manusia ini, yang gila menantikan awak sedangkan awak………………..

Selamat menjalani kehidupan. Semoga tetap bahagia dengan hidup mu……."









aku apa lagi terus join nangis ni..huhuhu...well, kesetiaan tu penting...tapi dengan cara yang betul la kalau nak berkasih sayang,,,,

5 comments:

Anonymous said...

nya..aku jua mengalami keadaan yg sama...
kasih bertahun2 hilang sekelip mata..

Zue Sancer said...

ok mmg sedih cerita nya. dan sy tekenng kisah lam sy ;(

eddy syrol said...

yg lama jdkan sempadan

naZwaN said...

erm..SAKIT HULU JANTUNG KU membacanya..adakah cerita ini memerli kisah hidupku..huhu:'(

eddy syrol said...

nazwan, ndk terniat ya...