edDy sYrOl

Friday, December 19, 2008

tips menjaga anak...


Tegas, iaitu hendaklah bertegas dengan anak-anak seperti ketika menyuruh tutup tv pastikan mereka menutupnya. Jika suruh mandi pastikan mereka mandi dan disiplinkan mereka mengemas rumah.

Makan berjamaah bersama anak-anak.

Ajar solat ketika masih kecil.

Ibubapa tunjukkan minat membaca kepada mereka dengan rajin membaca buku atau akhbar di rumah serta wujudkan mini perpustakaan atau ruang membaca di rumah.

Wujudkan suasana rumah yang aman, damai dan bersih supaya anak-anak lebih suka duduk di rumah dari berjalan ke sana ke mari.

Berhubung sentiasa dengan mereka jika mereka sudah belajar di luar (asrama).
Tanya masalah mereka selalu.

Selalu ziarahi mereka di asrama sekolah dan masak masakan kegemaran mereka untuk makan bersama.

Berhubung sentiasa dengan sekolah dan guru-guru mereka.

Jadikan anak-anak bila dewasa sebagai rakan dan teman.

Setiap kali menghadapi peperiksaan ibubapa puasa dan solat hajat doakan mereka begitu juga anak-anak. Baca ayat "Alam Nasyrah" untuk lapangkan dada.

Banyak makan ikan dan kurangkan makan ayam atau daging.

Beri mereka makan kismis dan bekalkan kepada mereka di sekolah/asrama.
Makan cokelat.

Kurang membawa anak-anak keluar atau makan di luar. Lebih utamakan masakan sendiri untuk anak.

Namun, wujudnya ibubapa yang membiarkan anak-anak dididik oleh pembantu rumah hinggakan mereka lebih rapat dengan pembantu rumah dari ibubapa sendiri. Beliau juga menegaskan bagaimana fenomena sekarang di mana ibubapa membiarkan anak-anak menonton tv dengan bebas terutama rancangan Astro yang jelas banyak merosakkan minda anak-anak (eloknya setiap rumah muslim tiada Astro kerana ia jelas mengganggu pembelajaran anak-anak) dengan budaya hidonisme sonsang yang pasti merosakkan sahsiah anak-anak.
semoga anak-anak kita soleh dan solehah ... aminnnn

No comments: