edDy sYrOl
Wednesday, September 15, 2010
peluang yang di nanti
dalam hidup ni ada banyak perkara yang kita idam-idamkan. kerana kehidupan ini terlalu complicated, complicatednya kehidupan kerana bukan senang untuk kita memperolehi sesuatu yang kita inginkan. selalunya hidup ini kita nampak tidak adil... tidak adil dari aspek apa? kadang-kadang kita berusaha, tetapi usaha kita itu gagal. kadang-kadang kita berusaha sama kuat dengan orang lain, tapi orang tu dapat, kita tak dapat. ataupun boleh jadi juga kita berusaha kuat, org lain buat slumber derk je boleh dapat... adil ke tidak?!!
tapi kita harus ingat, itulah keadilan didunia. kerana mungkin kita tidak akan dapat apa yang kita mahu sekarang. Tuhan merancang agar kita memperolehi sesuatu itu nanti... nanti.. dan nanti... bila? tunggu sahaja masanya... yang penting mmg bukan sekarang tetapi suatu hari nanti..
ada orang ckp, jangan terlalu mengharap pada sesuatu, nanti kita susah nak dapat. kalau nakkan sesuatu, just buat relax je, insyaAllah luck tu milik kita. perlu kew macam tu. bagi aku bila aku nakkan sesuatu, aku kena usaha lebih. sebab biarpun aku gagal (even terkilan la jugek kan) tapi aku puas hati kerana aku berusaha untuk perkara tersebut. dan mengharapkan peluang yang sama akan datang semula dan aku perlu melipatgandakan usaha.
Tuhan itu maha kuasa dan maha adil.. bila kita betul2 meminta insyaAllah rezkiNya akan dicurahkan seluas lautan yang ada di dunia. andai masih disekat rezeki itu, faham2 la. siapa kita utk membantah keputusannya.
aku masih terus berdoa agar mimpi dan impian serta angan2 aku akan menjadi kenyataan. aku mahu berjaya, macam orang lain. cukup dengan kehidupan sederhana (tak pernah nak mewah.angan2 ada la doe) akan membuatkan aku cukup bersyukur dengan pemberianNya.
aku akan teruskan berdoa.... dan terus berdoa....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment