edDy sYrOl
Friday, December 31, 2010
selamat tinggal 2010 :(
entry yang aku tulis betul-betul ketika menyambut ambang merdeka... bunga api waktu ini dah berdentum dentam walaupun aku duduk dekat kampung. kemeriahan bunga api yang mewarnai angkasa menandakan sudah berlalunya tahun 2010 dan hadirnya tahun 2011.
apa perasaan anda?
apa azam tahun 2011?
pasti terlakar sejuta cerita di tahun 2010 yang tak mungkin dilupakan sama ada duka atau suka...namun jadikannya pengajaran dan landasan untuk meneruskan hidup di tahun 2011. hidup bukan senang teman-teman. pastinya perit getir itu yang akan anda semua lalui. dugaan itu pasti, nikmat itu janji-Nya (bukan di dunia, pasti di akhirat kelak).
welcome 2011.. moga azam aku tercapai.. (azam = mimpi = cita-cita)
Thursday, December 30, 2010
just smile
Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.
Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan.
Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah.
Orang yang sedang menghadapi tekanan jiwa sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik.
Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah.
Senyuman melahirkan kegembiraan dan kebahagiaan serta mendekati Allah, bersamanya rahmat dan nikmat yang tidak dapat dijual-beli. (by lee noh)
Wednesday, December 29, 2010
TAHNIAH HARIMAU MALAYA
tahniah pasukan malaysia
tahniah RajaGobal
tahniah buat pasukan harimau malaya... the best game ever in ASIAN sport...
satu permainan yang best giler2..!!! harap semuanya akan berterusan semangat seperti ini. bukan setakat para pemain, tapi juga peminat-peminat bola seluruh negara...
semoga sukan mampu mengeratkan hubungan serantau, jangan menjadi landasan untuk berkelahi.. peace no war...
p/s :- game malam ini best sekali.. :)
hitung hari 2011
Entry ni aku tulis waktu petang about 2.13pm. Waktu ni hujan derr. Memang sedap kalau tidur tapi aku taknak tidur sebab tengah hari tadi dah tidur sebelum solat zuhur. Entry ni aku tulis ketika kita sedang membilang hari untuk memasuki tahun baru 2011 iaitu tinggal 2 hari lagi. Tak lama lagi kan? Masuk hari ni tinggal 2 hari ½ la kot.
Banyak giler perkara yang terjadi sekitar tahun 2010. yang baik, buruk, bahagia, dukacita, gembira, kesedihan, kemenangan, kekelahan dan macam-macam lagi. Semua perkara tu menjadi asam garam dalam hidup kita. Hidup aku sekitar tahun 2010? I will share soon… tunggu saja.. k...
Menanti detik waktu dan saat tibanya tahun 2011 masihi, (hijrah dah lama tahun baru derr) banyak giler persepsi dan kaedahnya kita lihat riaksi orang sekeliling. Ada yang tak sabar (mesi ada perkara yang menggembirakan), ada yang berdebar (nak kahwin kowt), ada yang sedih (tak faham yang ini), ada yang teruja dan sebagainya. Well, semua riaksi tu terpulang pada individu sendiri. Kalau nak suke, ok tak suke takpe. Merasakan tahun baru sebagai ada takda pun takpe (for me).
Pada aku, tahun baru ni kita perlu merasa bersyukur kerana dilanjutkan usia kita (di tahun masihi) ni setahun lagi. Andai ada perkara yang tidak baik berlaku di tahun sebelumnya, kita berusaha untuk memperbaiki. Kalau ada perkara yang baik apa kata kita teruskan di tahun yang tiba ini.
Sebenarnya ada apa dengan tahun. Ia Cuma sekadar pertambahan nombor. Cuma kita yang membentuk kisah dan warna yang akan berlaku di sepanjang nombor itu.
p/s :- sempoi je ek. Janji baik-baik saja.
Love,
Eddy syrol
FeelFreetoFly
melompat LEBIH tinggi
mai join falihinjasmy.blogspot.com
tag : [ray jr]
asrul affendi
Dan..
Friday, December 17, 2010
komplot
sebenanya ada perkara yang sedikit mengganggu fikiran aku. adakah ini salah aku atau salah orang2 yang terlibat...aku dapat rasakan sesuatu yang tak betul dalam perhubungan aku dengan si dia.
ya aku akui, satu permasalahan yang kompleks bila aku couple dengan kawan baik merangkap sepupu kepada ex-couple aku. but what the hell is the problem with that? aku tak faham apa sebenarnya yg ex-couple aku mahu lakukan. bagi aku cukup dia berpura-pura selama ini memberikan alasan yang tidak2, tapi cerita dari semua orang sekeliling sudah menggambarkan siapa dia sebenarnya..walaupun apa org cakap ttg dia, aku masih terima dia sbg kawan. even dalam facebook pun tetap keep in touch.. but 1day aku perasan ex-couple aku ni dah remove aku dr friendlist dia.dan yang paling ketara, seorg kawan dia yg close dgn aku di facebook pun dah remove aku..even block aku kot..why? am i did wrong to u guys?
sekarang aku dapat lihat couple aku dan ex-couple aku membincangkan dengan jelas dkt wall FB tentang seseorang yang drg rasa tak puas hati..bukan nak terasa tp sinis perbincangan membuatkan aku tahu siapa yang di perkatakan... its ok...
maybe aku pernah buat kesilapan, tapi biarlah sebagai manusia kita saling memaafi.. aku maafkan perbuatan mereka2 yang pernah menyakiti aku dan aku harap juga org2 sekeliling memaafkan kesilapan s=aku dlm sedar atau tidak..
selamat menyambut maal hijrah....