edDy sYrOl

Friday, January 21, 2011

Empat tempat jadi rebutan

Program realiti televisyen (TV), Akademi al-Quran musim kelima (AQ5) mulai hangat apabila 10 peserta saling bersaing merebut empat tempat terakhir di penghujung episod program itu pada 26 Mac ini.

Diterbitkan dalam 12 episod, dua episod pertama AQ5 telah pun disiarkan pada 8 dan 15 Januari lalu iaitu pada setiap Sabtu di TV9.

Menurut penerbit AQ5, Shukri Ibrahim, kesungguhan para peserta bagi memastikan nama mereka kekal sehingga ke akhir episod dapat dilihat apabila masing-masing mengikuti kelas tarannum, qiraat dan tajwid yang dikendalikan oleh tiga mursyid.

"Mungkin apa yang ditunjukkan oleh para peserta perlu dipertontonkan kepada peminat setia AQ5. Justeru, pihak kami tampil dengan segmen baru, Di Sebalik AQ5,'' katanya ketika ditemui di Sri Pentas, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Katanya, rakaman untuk segmen baru itu telah pun dimulakan sebulan lalu dan ditayangkan pada setiap hari Jumaat, pukul 6.30 petang

maklumat lanjut CLICK SINI

p/s :- tak sabar la :-)

No comments: