edDy sYrOl

Thursday, January 20, 2011

'Kerjasama lumpuhkan sindiket bayi'

KUALA LUMPUR: Bukit Aman menjalin kerjasama dengan semua agensi yang terbabit dengan kelahiran bayi, termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), penghulu serta bidan kampung dalam usaha menjejak dan melumpuhkan rangkaian sindiket penjualan bayi di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Abdul Jalil Hassan, berkata kerjasama itu penting bagi melumpuhkan rangkaian sindiket yang cuba mendapatkan bekalan bayi.

Sabtu lalu, polis Bukit Aman menahan lapan anggota sindiket itu, termasuk empat warga asing berusia antara 20 hingga 50 tahun, masing-masing di sebuah klinik swasta dan rumah kediaman di Selayang serta Subang Jaya hasil maklumat risikan.

Turut diselamatkan, tiga bayi berusia lima hingga tujuh hari yang dalam proses untuk diperdagangkan dengan harga antara RM15,000 hingga RM20,000 bergantung kepada kesihatan dan paras rupa.

Beberapa dokumen pengeluaran sijil kelahiran, buku rekod dan wang tunai RM3,000 dipercayai pendahuluan pembelian bayi terbabit turut dirampas.

maklumat lanjut CLICK SINI

P/S:- mcm2 dah jadik zaman ni..adehhh

2 comments:

Hizami Li said...

kesian bayi2 tu.
=.=

eddy syrol said...

tu lah pasal... hurmm..manusia manusia