JOHOR BAHRU: Akibat ketagihan judi melalui internet, seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menanggung hutang kira-kira RM100,000 kepada along dan dihalau dari rumah oleh ibunya.
Remaja berkenaan bermain judi lumba kuda dan lumba anjing menerusi internet sejak beberapa bulan lalu selepas terpengaruh dengan rakan yang meraih kemenangan menerusi permainan itu.
“Ia mengecewakan ibunya dan menghalau remaja itu dari rumah mereka di sini dan membuat aduan kepada Biro Aduan Awam MCA. Ibunya memberitahu akibat kejadian itu, dia turut diugut along yang mengunjung premis niaganya sambil memberi amaran supaya anaknya melunaskan hutang,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Tabiat ketagihan judi itu adalah antara 19 aduan diterima biro berkenaan mengenai gejala judi internet sejak November tahun lalu sehingga awal bulan ini yang menular di kalangan pelajar dan remaja berusia awal 20-an, termasuk mereka yang sedang menunggu keputusan peperiksaan.
maklumat lanjut sila KLIK DI SINI
P/S :- ni nak kata salah siapa? salah org tua?salah cikgu?salah rakan2?ke salah diri sendiri.. tepuk dada, tanya akal waras kita....
No comments:
Post a Comment