edDy sYrOl

Saturday, February 5, 2011

lelaki sejati

soalan:- kau lelaki

jawapan:- yew... tak nampak kew aku ni lelaki.

soalan :- kau yakin?

jawapan:- maksud kau pd keyakinan aku lelaki?

soalan:- kau lelaki sejati ke?

jawapan:- sudah tentu.

soalan :- kau yakin?

jawapan:- InsyaAllah aku yakin.

soalan:- tapi kau kurus kan?

jawapan:- ya aku akui aku kurus. tapi lelaki sejati tak semestinya kekar.

soalan:- jd bagaimana kau nak buktikan yang kau lelaki sejati?

jawapan:- aku tak perlu utk membuat sbrg pembuktian.cukup pada keyakinan aku yang hidup sebagai seorang lelaki.

jeng3x... bets tak dialog di atas? well, tu dialong antara seorang lelaki dengan seortang lelaki yang lain. apa sebenarnya pentafsiran korg tentang sejatinya seorang sang mantan (lelaki). adakah dia perlu memiliki fizikal yang kekar,tubuh tegap dan bergaya macho? ataupun ada sisi lain yang anda lihat terhadap seorang lelaki yang anda boleh katakan bahawa lelaki itu sejati.

mari aku kongsikan pendapat yang aku baca di sebuah laman sesawang.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada bahunya yang kekar, tetapi daripada kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada suaranya yang lantang, tetapi daripada kelembutannya mengatakan kebenaran.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah sahabat di sekitarnya tetapi daripada sikap bersahabatnya dengan orang lain.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada bagaimana dia dihormati di tempat kerja tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada kerasnya pukulan tetapi daripada sikap bijaknya memahami persoalan.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada dadanya yang bidang tetapi daripada hati yang ada di sebaliknya.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada banyaknya wanita yang memuja tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah tanggungjawab yang dipikul tetapi daripada tabahnya dia menghadapi liku kehidupan.

# Lelaki sejati bukan dilihat daripada rajinnya dia membaca kitab suci tetapi daripada konsistennya dia melaksanakan apa yang dibacanya.

now, aku pula nak soal, adakah ciri2 di atas ada tergambar dalam diri anda? kalau tidak pun dlm 70% adakah anda seperti apa yg telah dinyatakan di atas?kalau tidak, sila susutkan badan kekar anda dan bermula untuk lebih mementingkan SIFAT SEJATI dari dalaman sebelum mempamerkan ia melalui fizikal. wah!! giler statement, matilah aku kene blasah oleh org2 yg body builder..hehehehe..tak salah sebenarnya memiliki badan yang tegap dll namun utk menghukum tidak sejatinya seseorang manusia itu melalui bentuk badan, cara bercakap, gaya rambut, gaya berjalan atau beberapa lagi kelemahan yang boleh dilihat oleh mata kasar adalah tidak wajar.


p/s :- mari berbangga menjadi hamba yang sejati, yang selalu berserah pada takdir-Nya dan mensyukuri nikmat-Nya...

4 comments:

hawiz said...

syukur dgn nikmat ALLAH kurnia pd aku broo..

eddy syrol said...

kan kan kan...

Mohd Syukri said...

haha!...mcm2...lelaki tetap lelaki.xtau la pulak kalo lelaki nak jadi perempuan...

eddy syrol said...

kan syukri...