edDy sYrOl

Thursday, February 10, 2011

penangan kang abik


tara... gua dah habis baca buku ni.. buku hasil karya seorang novelis terkenal seantero nusantara iaitu Hbiburrahman El Shirazy yang lebih di kenali sebagai Kang Abik ni cukup best. dari dua novel yang aku dah perolehi ( ayat-ayat cinta dan ketika cinta bertasbih) serta satu koleksi cerpen bertajuk pudarnya pesona cleopatra, for me yang ini lagi best la. maksudnya, kang abik ni semakin lama karya dia semakin hebat dihasilkan.

novel ni berlatarkan kota Moscow, Russia sana.. sape pernah pegi. hebatnye latar tempat yang digambarkan oleh kang abik seumpama kita yang tegah membaca novel ini betul2 berada di russia. seyes cakap semuanya ditulis dengan cukup teliti.

dari segi watak dan perwatakan, dari watak utama kepada watak penyokong semuanya dihasilkan dengan teliti. dari segi sikap masing2 yang tersendiri membuatkan korang rasa watak2 tersebut hidup. perkaitan antara sesuatu kisah ke satu kisah yang lain juga membuatkan korang rasa nak ulang balik2 nak baca beberapa kisah yang memang meletop...!!!

yang aku paling suke bila ada forum yang dilangsungkan di sebuah kampus perubatan dimana watak Ayyas menjadi salah seorang ahli panel pengganti. dkt situ kita nampak bertapa kang abik akan memang benar2 menjadikan seorang hero dalam cerita dia tu sebagai seorang yang benar2 hebat. seyes korang kene baca. then time paling best bila pergelutan perasaan linor (atau sofia) yang sememangnya menjadi satu perkara yang pasti korang fikir mustahil berlaku dlm dunia nyata, tp dalam novel ini pasti korang akan kata bende tu tak mustahil berlaku. apa sebenarnya? korang kene gaks baca....

p/s :- seorang penulis yang hebat pasti akan membuatkan pembaca merasakan hebat

1 comment:

Syafira Hani said...

buku ni memang best.. seriously, sy suka sangat dengan karya penulis tu.