edDy sYrOl

Tuesday, February 22, 2011

tukang rumah pun ambik STPM derrr


KUALA LUMPUR: Kesibukan memenuhi jadual pembelajaran dan aktiviti kokurikulum yang padat tidak melemahkan semangat Syivero Patrick, gigih bekerja sambilan sebagai tukang rumah bagi mengumpul duit membeli keperluan persekolahan dan membayar yuran peperiksaan.
Pengorbanan Syivero untuk meringankan beban ibu bapanya yang menyara hidup dengan bersawah, tidak sia-sia apabila anak kelima daripada tujuh beradik itu dinobatkan sebagai Pelajar Cemerlang Luar Bandar dalam keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 yang diumumkan, semalam.

Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Marudu, Sabah, bercita-cita menjadi akauntan atau pendidik mencatat Gred A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan serta B+ bagi Sejarah.

“Lazimnya saya melakukan kerja sebagai tukang rumah dan membantu ibu bapa bertani ketika hujung minggu atau cuti persekolahan kerana saya berazam bekerja keras bagi mengubah nasib keluarga supaya keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, di sini.


sumber berita harian

3 comments:

Unknown said...

salute to him..satu pengorbanan yg besar.. semoga beliau terus berjaya dan you are a good man in future and now

Nazrul Ashraff said...

budak yang bijak! tak semua orang boleh buat macam dia..:)

eddy syrol said...

itu lah..kdg2 org yang hidup susah ni usaha dia berlipat ganda.. so semua kesusahan dan cabaran itu bukan alasan utk berjaya