edDy sYrOl

Tuesday, May 10, 2011

jangan takut

gambar sekadar hiasan

Bismillah...
Assalamualaikum...

jangan kau takut :- bila semua org mencerca diri mu. kelak kau tahu cercaan itu merupakan pegangan hidup mu untuk lebih kuat. cercaan itu kelak umpama angin lalu yang selalu menjadikan kau memandang hidup penuh erti. cercaan itu umpama cermin dan neraca, yang akan menggambarkan langkah yang perlu kau jalani dengan betul.

jangan kau takut :- bila tiada apa yang kau perolehi yang boleh diertikan sebagai kejayaan. kejayaan itu bukan semata-mata di sini. jauh lagi perjalanan mu. sangat jauh sehingga nanti suatu saat kau sendiri tidak tahu sama ada kau mampu untuk terus berjalan atau tidak. pemberian mutlak milik Allah swt, dia berhak keatas apa yang kau miliki dan berhak untuk memberi.

jangan kau takut :- bila nanti kau akan dipinggirkan. biarlah banyak mana org menjauhi diri mu. dekatkanlah diri mu pada Pencipta, Allah yang Maha Esa. kerana dekat dengan-Nya, kau pasti akan merasa besar hati.

jangan kau takut :- bila nanti kau akan menangis selalu. bila nanti air mata adalah teman hidup mu.bila nanti kau di gelar cengeng oleh seantero dunia. nangislah.jangan takut. kau yang faham siapa diri mu.

jangan kau takut :- bila nanti tidak ada yang pegang tangan mu. genggamlah yang kanan dengan yang kiri. berdirilah atas kaki mu sendiri. kerana zahir batin mu bukan milik manusia. dan kau tahu milik siapa.

jangan kau takut :- andai kau mula berasa takut. takutlah pada perkara yang munasabah. takutlah pada perkara yang seharusnya engkau takuti. biar org mengatakan engkau penakut, jangan saja kau takut melakukan kebenaran.

jangan kau takut, jangan pernah kau takut. kuatkan diri mu. kuatkan azam mu. melangkahlah. biar longlai gaya mu. teruskan hidup mu.

p/s :- (~_~)

3 comments:

911 said...

jangan kau takut :- bila nanti tidak ada yang pegang tangan mu. genggamlah yang kanan dengan yang kiri. berdirilah atas kaki mu sendiri. kerana zahir batin mu bukan milik manusia. dan kau tahu milik siapa.

911 said...

sungguh indah kata2 itu.

eddy syrol said...

thx ye 911 (~_~)