edDy sYrOl

Monday, August 1, 2011

BN youth job fair '11


...Assalamualaikum...
hari ni dah masuk 1Ramadhan dan juga dah masuk 1 ogos 2011. tak sangkat hari-hari kita berlalu dengan cukup pantas sekali. sangat pantas. semoga bulan Ramadhan kali ini menjadi penebus segala kekhilafan yang pernah kita lakukan, bukankah bulan ini merupakan bulan yang penuh keampunan,bulan yang penuh dengan pahala dan bulan yang penuh dengan kemuliaan yang di anugerahkan oleh Allah swt.

baiklah, sebenarnya nak share tentang tajuk entry ni. semalam iaitu bersamaan dengan 31 Julai 2011, aku abang aku, abg aku lagi sorang dan anak menakan pergi lah karnival kerjaya yang diberi tajuk BN YOUTH JOB FAIR '11. karnival ni diadakan di Sabah Trade Center, Likas, Kota Kinabalu. jika merujuk kepada iklan karnival ini, dijanjikan hampir 7000 pekerjaan kepada semua yang hadir. maka, besarlah harapan pokcik ni mana tahu ada yang sangkut. dah lama dah jadi jutawan anggur freelancer ni, nak juga cari kerja makan gaji.

sesampai saja di lokasi, semua manusia yang hadir kena mendaftarkan diri,dan akan diberi pelekat seperti yang ada dalam gambar. kalau takde pelekat ni, DILARANG MASUK ok. karnival ini berlangsung dari 29 (jumaat) hinggalah 31 Julai (ahad), so tiga hari lah berlangsung. kami semua boleh masuk ke tapak karnival pada pukul 10 am. hari terakhir nampak kurang memberangsangkan kehadiran anak2 muda ni (aku pun muda ok, super muda). mungkin dua hari lepas mereka2 ni dah balun datang sini.


memang ada banyak juga peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat2 terkenal. tapi for sure, kebanyakan kalau job fair lebih banyak penyertaan syarikat swasta berbanding kerajaan. dan, kalau diikutkan, semalam mcm takda sahaja milik kerajaan (kecuali SPA dan JTK yang boleh kita daftar online, bukan immediate vacancies), mungkin yang half gov+privet adalah aku tengok. namun, ada banyak booth yang takde penjaganya. kosong......................tapi nama company ada pula tertulis di situ. menurut member aku yang datang pada hari jumaat lagi (first day), telah dimaklumkan bahawa terdapat banyak syarikat yang tarik diri untuk join karnival ini di saat2 akhir (sumber tak sahih ye). mungkin sebab itu lah ada banyak sangat booth kosong,malah ada booth yang memang kalau company tu datang, akan menarik ramai pengunjung sebab company yang memang terkenal. mungkin juga ini gambaran, demand for vacancies is higher then supply,maybe super higher lah kalau di sini...

apa pun, aku ada apply dalam 5 kekosongan. cuma, semalam takde pula yang terus interview.buat penat aku meng-emsem-kan diri berbaju formal. ada pun casting pembaca berita RTM bahasa inggeris dan kadazan/dusun.

p/s : mereka yang gagal adalah mereka yang berhenti untuk berusaha (~_~) salam Ramadhan

6 comments:

Hans Hanis said...

owh
banyak booth kosong ker?
adess

p/s : Thanks Vote Hans :-)

Mesin Taipku said...

insyaallah kalau ada rejeki dalm 5 tu ade la tersangkut satu..kalau xde pon mungkin kt tmpt laen,,,
d^_^b

Ryan Ervan said...

All the best bro!!

Syahryl said...

mintak keje kosong!!!

Anonymous said...

pertama kali melepak di sini.. :) haa semat lah baju kao bha :D btw anak menakan tu hapa? :| insyaAllah murah rezeki Ramadhan ni, sangkutlah tu dalam 5 tu.. btw, selamat berpuasa bro :)

Defeat is not the worst of failures. Not to have tried is the true failure.. :)

eddy syrol said...

syah : p r mintak..heheh

queen F : anak menakan tu anak buah lor..@ anak sedara...