edDy sYrOl

Wednesday, October 12, 2011

Eddy Interview Retis : Eqbal Zack mengejar ilmu

apa khabar semua...? harap sihat semuanya.. segmen ini kembali lagi setelah beberapa hari menyepi. maaflah, ada tugasan penting yang mesti diambil berat. tapi, kini ES kembali dengan personaliti yang lain. siapa dia? ES menampilkan seorang EqbalZack untuk korang. mari kita ikuti temu bual ES dengan encik EqbalZack....


1. apa yang Eqbal suka dengan blogging?

Eqbal : Dapat kawan baru.

2. Eqbal seorang pelajar dan juga memiliki kerjaya? Susah tidak nak bahagikan masa antara blogging dan kehidupan sebagai pelajar?

Eqbal : Tuhan peruntukkan masa 24jam untuk kita uruskan masa dengan baik. Tak jadi masalah untuk berblogging dan belajar. Dua-dua jalan seiring…

3. soalan lebih santai, selain blogging, apa aktiviti masa lapang Eqbal Zack?

Eqbal : Suka makan, sebab tu entry banyak pasal makan

4. penting tak follower blog bagi Eqbal Zack?

Eqbal : Jangan dikejar followers tu. Followers akan datang jika kita punya blog yang menarik.


tekun dengan kajian

5. kebiasaannya, blogger suka melakukan aktiviti blogwalking (BW), Eqbal Zack sendiri suka BW dekat blog yang macam mana? Boleh bagi contoh?

Eqbal : Ya saya akan BW bila ada masa. Saya suka blog yg santai dan tak terlalu panjang entrynya. Dan saya tak suka blog yg entrynya “tembak” sana sini tak tentu pasal…itu bukan entry yang sihat!!!

6. siapa Eqbal Zack dalam “satu ayat”.

Eqbal : Saya seorang yang bercita-cita tinggi, tak kisah apa orang cakap dan sangat mengutamakan pendidikan.

7. Gambarkan Eqbal Zack untuk 5 tahun akan datang?

Eqbal : 5 tahun akan datang bermakna tahun 2016. Insyaallah saya akan terima PhD (Occupational Health & Safety) pada 2013. Dan pada 2016 saya dah ada title Prof. Madya/ Profesor. Insyaallah…

mat bunga ke? huhuhu

8. Eqbal Zack pernah keluar dalam sebuah majalah tempatan/media cetak yang lain, menunjukkan personaliti anda cukup terserlah sama ada sebagai blogger ataupun siapa diri anda kini malah menjadi blogger pilihan ramai. Sila komen.

Eqbal : Hehe…saya ambil semula jawapan no [6] tadi. Bila kita ada ilmu semua orang nak cari kita. Alhamdulillah saya pernah di interview oleh KOSMO! (9 Febuari 2011) dan APARTMEN-KARANGKRAF (Edisi APR-JUN).

9. satu perkara yang orang tak tahu tentang Eqbal Zack

Eqbal : Saya serius bila bekerja!

dalam KOSMO!

10. akhir sekali, ucapan untuk followers blog !Kurasakan Something dan juga readers blog Aku&Hidup.silakan.

Eqbal : Terima kasih kepada Eddy selaku tuan punya blog Aku &Hidup. Segmen ini sangat-sangat menarik sebab dapat memperkenalkan blogger lama dan baru. Kepada followers eqbalzack.com, saya sangat-sangat menghargai anda…

begitulah berakhirnya sesi temu bual antara ES dengan one of my favorite blogger EqbalZack. kata beliau, Ilmu itu penting, so semua blogger harap mengutamakan ilmu dalam kehidupan. ilmu itu yang membezakan antara kita manusia. sama macam iman (ceramah...!). sekian saja, bertemu lagi bersama personaliti yang akan datang, dilain masa.


p/s : agak letih, drive all the way.... =.=

6 comments:

Syafiq Ahadin said...

sememangnya peminat Abg Eq!!!

[k]o{q}i[n] said...

yup...mmg follow every of his entry...

Unknown said...

hehehe....mmg retiss sangat hehehe

kau tgh study ker skrg?

DanieL AdiE said...

Mmg suke baca blog beliau...

vendoline said...

wow gempak giler..sngt rajin wat semua ni.
:)

Gadis Acoustic's said...

bestnye la...