hari ini, ES akan menampilkan seorang awekx cun untuk anda semua. tapi sila jangan lekatkan muka angpa dekat screen lappy yaw. tu mmg tahap keji punya perangai..hohohoho.. baiklah, ES akan menampilkan seorang Nur Rafiqah atau lebih dikenali sebagai Piqah Bagus. bagus betul dia ni. jom kita sama-sama ikuti temu bual ES ini.
1. apa yang anda suka dengan blogging?
Piqah : Emm apa yang saya suka ya? Saya suka blogging sebab saya rasa sangat puas selepas berblogging. Tiap kali selesai mengekspresikan sesuatu dalam blog, hidup terasa lebih bermakna. (agak hiperbola di sini). Blogging juga dapat membuatkan saya lebih rajin mencari hal-hal berkaitan isu semasa demi mendapatkan idea untuk mengarang blog. J
2. Anda pasti ada komitmen lain dalam hidup. Susah tidak nak bahagikan masa antara blogging dan komitmen2 lain?
Piqah : Sebagai pelajar, tak la susah sangat untuk bahagikan masa blogging dengan belajar. Bila tension study or senang crita malas study, saya akan datang untuk menulis apa sahaja dalam blog. Lepas tu bolehlah sambung study semula.. J
3. soalan lebih santai, selain blogging, apa aktiviti masa lapang anda?
Piqah : Keutamaan diberikan untuk komik la. Saya sangat suka baca komik sebab boleh buatkan saya ketawa mcm orang tak betol sbb dok gelak sorang2…
4. penting tak follower blog bagi anda?
Piqah : Sangat penting bagi follower yg sentiasa ikuti perkembangan saya. Insyaallah saya pun akan ikuti perkembangan dia. Tapi kalau jenis follower yg “follow me back!” tu memang terang-terang dia hanya mementingkan kuantiti follower. Tak best la kalau mcm tu kan…
5. kebiasaannya, blogger suka melakukan aktiviti blogwalking (BW), anda sendiri suka BW dekat blog yang macam mana? Boleh bagi contoh?
Piqah : Selalunya BW dekat blog yang singgah di blog saya. Atau saya akan memilih untuk BW secara rambang ja kat mana-mana blog. Bergantung la kot.. hehe J
6. siapa anda dalam “satu ayat”.
Piqah : Saya ialah seorang kaki TV (kat rumah ja) dan boleh dikategorikan bagus… J
7. Gambarkan diri anda untuk 10 tahun akan datang?
Piqah : Mungkin saya akan menjadi seorang doktor yang Berjaya. Insyaallah. Aminnn…
8. andai anda di beri peluang untuk kembali ke masa lalu, anda ingin kembali ke zaman bila?
Piqah : Sebelum ni, saya pernah tulis satu entry mengatakan jika diberi peluang, saya tersangat terlalu menginginkan pergi ke zaman kanak-kanak dulu di mana kehidupan waktu itu sangat riang ria dan tak pernah terfikirkan akan kesusahan.
9. satu perkara yang orang tak tahu tentang diri anda.
Piqah : Mana boleh bagitahu, dah nama pun perkara yang orang tak tahu kan?? Hehe
Ok, mungkin tak ramai tau yg saya dapat bertutur dalam bahasa mandarin.
1. akhir sekali, ucapan untuk followers blog anda dan juga readers blog Aku&Hidup.silakan.
Piqah : Saya tak pandai karang ucapan panjang-panjang. So saya simpulkan sajalah ucapan ni ye.. Enjoy hidup anda selagi tak menyimpang dengan ajaran agama dan senyum sokmo sebab senyum kan satu sedekah..
P/S: ucapan untuk pokcik eddysyrol plak, syukran sebab sudi masukkan saya dalam temu bual bersama pokcik. Saya hanyalah seorang blogger yg baru berjinak-jinak dalam dunia penuliasan maya ni.. J
p/s : ada juga syarikat swasta yang bersifat monopoli+oligopoli ni beroperasi secara tak efisyen. teruk-teruk.
4 comments:
ohh terharunya... thanx so much pokcik.. :)
bagus budak ni.. heheh
hehe/..hai piqah!!..hihi
tak sangka jiran sebelah bilik aku nie famous n mmg towl p0wn wlup0wn da stahun dok kat sblh bleq n satu claz tp xtaw p0wn piqah pndai ckp mandarin...nnti bley lar ajaq skit2...hihi..
Post a Comment