edDy sYrOl

Friday, November 25, 2011

eqbalzack.com Writing Contest [2] : karya kedua

Saya tahu tanggungjawab. Perlukah saya buka kamus dewan dan tunjukkan pada semua maksud tanggungjawab. Hidup yang saya jalani juga merupakan satu tanggungjawab. Bukan cuma saya, tapi kamu semua. Kita semua menjalani sisa-sisa hidup dengan tanggungjawab yang amat berat.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban. Menjadi pendidik adalah satu perjuangan. Perjuangan untuk menjadikan seorang manusia itu kelak sebagai insan yang berguna. Saya tahu pandangan orang ramai tidak membuntang terhadap kerjaya saya. Kerana kami pendidik, maka kami dianggap biasa-biasa sahaja. Saya tidak perduli, katalah apapun. Anak-anak kalian akan merasa percikan air liur saya yang InsyaAllah takkan jemu menginformasikan ilmu.

Saya dekat dengan pelajar. Mereka semua sudah dewasa. Mencapai status akhil baligh dan boleh berfikir dengan matang. Boleh membezakan yang baik dan buruk. Saya akui, sebagai pensyarah yang masih bujang, ramai yang ingin mendekati. Zaman sekarang, tak kira lelaki mahupun wanita. Semuanya saya perlu hadapi dengan profesional. Saya cuba untuk menjadi seorang pensyarah yang mudah didekati. Bukan saya gilakan populariti, tapi saya mahu pelajar-pelajar saya tahu yang saya sentiasa akan ada untuk mereka, membantu semampunya.

Cinta? Tiada penafian tentang cinta dalam diari hidup saya. Saya tidak pernah menolak cinta. Andai ianya hadir antara saya dan pelajar, pasti tidak ada salahnya. Namun saya perlu lebih berhati-hati, adakah cinta pelajar adalah ikhlas untuk menjadi teman hidup saya selamanya ataupun hanya menjadikan diri ini batu loncatan mendapatkan grad yang baik. Sedangkan impian saya adalah cinta sampai ke syurga. Bukankah itu janji Allah pada manusia yang bercinta dalam ikatan yang suci?

Sebagai insan yang lebih dahulu makan garam, saya perlu mengambil peranan. Menjadi contoh terbaik buat mereka yang sedang mendaki tangga ke puncak kejayaan. Mari kita jaga hubungan sesama kita, hubungan yang selamat dari fitnah dunia. Janji saya, akan terus membantu kalian semua, selagi kudrat masih tersisa.

Istimewa untuk siswa siswi ku tercinta.

tag: azham

p/s: maklumat lanjut di sini

No comments: