edDy sYrOl
Saturday, January 7, 2012
Ekspresi : Perjuangan Hidup
"Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai"
hidup itu memang penuh dengan cabaran hanya mereka yang kuat dan tegar menghadapi cabaran hidup yang akan terus kekal hidup dengan hati yang senang. hidup yang senang dengan kekayaan tidak sama dengan hati yang senang dengan perasaan yang tenteram. ada mereka yang memiliki kekayaan tetapi hati mereka tidak tenteram. maka, kekayaan yang dimiliki tidak berguna langsung kerana wang ringgit dan harta tidak mampu untuk membeli ketenteraman.
dalam hidup ni, kita akan di kelilingi oleh pelbagai ragam manusia. ada yang hanya memandang anda dengan membuat penilaian melalui apa yang mereka lihat dengan mata kasar. bagi mereka kehidupan anda adalah usaha anda yang mereka lihat. jika yang mereka lihat adalah tidak baik, maka itulah tanggapan mereka terhadap anda. tapi, kita tidak boleh menyalahkan orang lain yang tidak nampak perkara sebenar, kerana manusia itu pastinya bukan maha mengetahui dan bukan maha melihat. atas kelemahan itu, adalah lebih baik jika kita menjadi manusia yang bertimbang rasa dengan kelemahan manusia lain. jangan pula kita menjadi sama seperti mereka, yang cuma menilai melalui mata kasar sahaja. gunalah mata hati.
hidup ini ketentuan. sebab, apa yang telah terjadi pada kita telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. apa yang mampu kita usahakan ialah mengubah nikmat atas segala ketentuan hidup kita. andai kata kita mampu melakukannya, apa sahaja yang terjadi kita akan menerima dengan berlapang dada.
perjuangan hidup ini singkat sahaja. berapa lama anda hidup di dunia? 15 tahun? 25 tahun? 35 tahun? 65 tahun? itu adalah satu perkiraan matematik yang sangat singkat. usia yang kita anggap lama, sebenarnya terjadi dalam sekelip mata sahaja. maka, dalam keadaan yang sangat singkat ini, perjuangan hidup perlu dimainkan dengan percaturan yang betul. mereka yang salah memperjuangkan hidup, istilahnya bertukar dengan memperjudikan hidup. berjuanglah untuk hidup, bukan memperjudikan hidup.
~eddy syrol~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nikmati setiap detik dan ketika! ;)
perjuang hidup singkat saja.. so ayuh berjuang.. chaiyok..chaiyok..=)
Post a Comment