edDy sYrOl

Tuesday, January 3, 2012

Eddy Interview Retis: Ammar Yasir dan Cinta.

Makan roti dengan pajeri
Ketika makan toksah nak menari
Ammar Yasir nama diberi
Senyuman Manis menghiasi diriLink

Untuk permulaan, ES tampilkan personaliti yang memang telah dikenali ramai. Mari ikuti sesi borak-borak bersama Ammar.

1. Ekspresi anda tentang dunia blog.

Ammar: Dewasa ini kelihatan ramai yang mempunyai blog apabila banyak berita yang menguar-uarkan bahawa dengan blog boleh menjana pendapatan. Ramai yang berlumba-lumba buat blog tetapi hanya sedikit sahaja yang mampu menjana pendapatan yang lumayan dengan blog. Kesilapan? Mungkin sebab silap langkah dan tidak bertanya kepada yang pakar.

2. Bagaimana anda boleh memulakan dunia blog?

Ammar: Pada mulanya sekadar ingin tahu. Boleh ke buat pendapatan dengan blog? Sebab banyak baca berita blogger boleh mencipta pendapatan lumayan dengan blog. Lepas tu cuba lah buat blog dan tak sangka dengan blog boleh menjana pendapatan.

3. Setuju tidak blog boleh menjana keuntungan?

Ammar: Sangat setuju. Saya telah berjaya membuktikannya dengan blog boleh menjana pandapatan.

4. Dah berapa kali tukar telefon bimbit?

Ammar: 3 kali. Nombor telefon kekal sampai sekarang.

5. Mana lagi best : primary school, secondary school, degree? Sebab?

Ammar: Secondary school sebab banyak belajar benda baru dan Cikgu-cikgu yang sporting.

6. Pertama kali anda tahu apa itu cinta dalam maksud sebenar?

Ammar: Masa tu umur 21. Tahun lepas baru kenal erti cinta. Cinta tidak boleh disentuh, dipegang dan hanya boleh dirasai dengan hati yang tulus dan ikhlas.

7. Blogger pertama yang anda temui?

Ammar: Tok Esah, Woot-woot, Ijang Way, Ciktom dan ramai lagi.

8. Siapa sahabat anda yang sama-sama berkongsi minat dalam dunia blog?


Ammar: Penulis Senja dan Encik Nakal.

9. Pernah tidak terfikir akan ke bulan?

Ammar: Pernah. Niat ke bulan untuk pacak bendera tertera BLOG AMMAR..... Biar orang bulan baca Blog Ammar. yEAH!!!

10. Akhir sekali, ucapan anda. Silakan.

Ammar: Majulah blogging untuk negara. Jadilah seorang blogger yang menyampaikan benda yang baik.




Blog Ammar : http://www.blogammar.com/

Terima kasih ES ucapkan kepada Ammar kerana sudi menyertai segmen ini. Jom ramai-ramai terjah blog Ammar!

Editor : Eddy Syrol

P/S : berminat menyertai, email kepada eddy86bloke@gmail.com atau terus inbox ke FB eddy syrol (~_~)


8 comments:

hyz said...

terjah dah...

hawiz said...

dah g tgk...hihi

AMMAR YASIR said...

Huhuhuhu..terharunya bila ada blogger yang buat entri khas mcm ni... Huhuhuhu.... Terima kasih banyak2 blogger yang baik hati Eddy Syrol.

fiza nurani said...

wah, ammar yasir ..

Umar Kadir said...

terbaik!

Honey Kumicky said...

wow..terbaekkk..

cerita best said...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman bl0g pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow

Megat Najmuddin said...

terbaek sekali...