edDy sYrOl

Sunday, January 8, 2012

Pokcik Sakit Gigi



Hari ini, aku sakit gigi. gigi ni tetiba sakit time aku nak mandi tengah hari *kantoi tak mandi pagi.
sakit gigi ni sangatlah sengsara ok. berdenyut-denyut. gigi yang sakit ni dekat bahagian dalam. so, bila check dekat cermin, aku nganga besaw-besaw pun tak nampak lah kan. payah3... tapi aku suspect gigi aku ni bukan berlubang, tapi mungkin ada bahagian yang bengkak. apakah yang berlaku? ada gigi nak tumbuh ka? ka gigi memburuk? hey..!! pokcik berus gigi 8 kali sehari ok. *erkkk

rasa nak pergi clinic, tapi ini kan dah malam. kawasan down town (down town lah sangat..!!) memang susah nak carik clinic yang buka di malam hari pada hari weekend ye. hospital lagilah.bahagian gigi takdenyer malam-malam..ohh ya, ada clinic buka, tapi clinic tu mahal. bertahan sajalah ya...

berikut ada beberapa petua yang aku jumpa melalui pokcik google untuk bengkak gusi dan sakit gigi :

1. Campurkan gambir dan ibu kunyit hidup serta didihkan. Air rebusan yang telah suam boleh buat berkumur. Lakukan tiga kali sehari, bengkak akan pulih dengan segera.

2. bawang putih bubuh sikit garam, kemudian tumbuk. letakkan di bahagian gigi yang sakit.

3. Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi bila nak gosok gigi setiap pagi ataupun sebelum tidur. Amalkan cara ni korang bukan setakat dapat mencegah sakit gigi, malah gigi korang akan jadi lebih putih dan berseri

4. Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas

5. Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi

6. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang

so guys, mana satu yang pokcik boleh guna pakai? sungguh sadis sakit gigi ini ok...

p/s: sure tak tido malam ni =.='

3 comments:

Nurul Iman Rosman said...

Dalam adik-beradik saye, gigi saye lah paling tak lawa dan gigi saye lah paling jarang sangat ade masalah. yey! :D


btw, cepat2 lah pegi klinik ye sebelum sakit nye lagi teruk. ;)

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

sakit gigi ini menyiksakan..kdg2 smpai nk pengsan...smai ke kepala sakit..

Puan Kutu said...

alahai kesian..sakit gigi mmg sengsara.klu pas cabut oklah tu..:)