edDy sYrOl

Wednesday, February 1, 2012

Eddy Interview Retis: Syed MAMPU dapat 11A

Makan roti cecah kari
Makan habis nanti lemau
Syed Hakim Al-yahya nama diberi
Tapi bukan adik bradik Scha Al-yahya tau

Mari ikuti temubual ES bersama Syed (~_~)

1. Ekspresi Syed tentang dunia blog.

Syed: BLOG, pada pendapat saya blog ni sebenarnya adalah untuk kita berkongsi pendapat dan juga berkongsi segala jenis informasi.

2. Adakah personaliti Syed dalam blog menunjukkan personaliti sebenar syed di luar?

Syed: Secara jujurnya personaliti saya di dalam blog adalah sangat berbeza sama sekali dengan di luar.

4. Apa kekuatan blog syed?

Syed: Saya sendiri pun tidak yakin apa kekuatan blog saya, sebab, blog saya hanyalah seperti cara saya sendiri menyampaikan pandangan terhadap certain isu. mungkin cara penulisan/view saya terhadap sesuatu isu yang menjadi kekuatan blog saya??

4. Pernah tidak kena reject dalam hal cinta?

Syed: Ohh, tak pernah lagi.

5. Apa Kesalahan yang Syed pernah lakukan, tetapi orang tidak tahu. Confess boleh?

Syed: saya pernah mainkan perasaan seseorang. ok, itu antara kesalahan terbesar saya rasa

6. Blogger yang Syed ingin sangat nak jumpa, dan borak selama 5 jam?

Syed: Eddy Syrol la

ES: =.='

7. Kalau diberi peluang untuk mengulang SPM, berapa yang Syed yakin boleh dapat?

Syed: Kalau diberi peluang untuk mengulang SPM balik, Saya rasa mampu dapat 11A

8. Pernah tidak terfikir untuk menjadi seperti seseorang yang Syed minati?

Syed: Pernah jugak kadang² terpikir camtu, tapi org cakap.. buat apa nak hipokrit? buat apa nak jadi orang lain? So, just be yourself is much better.

9. Apakah kehidupan impian Syed di masa hadapan?

Syed: Kehidupan impian, sebenarnya nak jadi blogger yang berjaya. tapi, mungkin itu hanya tinggal impian. Tapi, saya cuma harapkan kehidupan yanag sederhana sebagai seorang cikgu setelah graduate kelak.

10. Akhir sekali, ucapan dari Syed. silakan

Syed: First of all nak cakap terima kasih dekat abang sebab interview Syed, aaa..camne nak cakap ek. Actually macam tak sangka pun akan diinterview untuk segmen ni. yelaa, blog pun dah jarang sangat update skrang ni. hihi. So, walau apa pun, saya support segmen macam ni, sebab at least kita dapat mengenali bloggers yg lain. Teruskan usaha dalam blogging! hehe. Terima kasih


URL blog Syed: http://www.syedgraphix.com/

Terima kasih buat Syed sebab sudi meluangkan masa untuk segmen ini. mari berbondong-bondong kunjungi blog syed ok (~_~)

Editor: Eddy Syrol

p/s: email kepada eddy86bloke@gmail.com jika berminat menyertai, juga untuk sebarang komen.

8 comments:

hawiz said...

wahh..syed la...ehhh...pokcik syed..umo ermm...lalalaa

Rozuan Ismail said...

wah,artis senior.huhu

Fezul Fadhley said...

11A tu.. hehex

SyedGraphiX dot Com said...

HAHAHA. thankss! alamakkk malu plak raseee. keh3. XD

izzad b* said...

11a?hebat!

[PCL] said...

salam singgah, teruja sy nk interview gak...

Encik Suami said...

Dulu zaman saya 10 subjek jerk..skrg dh berlebih2.budak2 skrg pun dh pandai2 kan?

New Entry (>.<) Akhirnya..Aku Dapat Kau (>.<)

Syafiq Ahadin said...

wah! syed!! hahah!