untuk membuktikan pokcik telah vote kamil, sila selidik pic di bawah. ni salah satu syarat ni... (~_~)
Tajuk : Aku Sebuah Blog
Sebenarnya, hampir tiga tahun aku terabai. Umpama sebuah buku usang yang baru selembar ditulis, kemudian ditinggalkan nun jauh di rak paling atas sebuah almari buruk. Aku rasa terabai. Dihasilkan umpama untuk disia-siakan. Tetapi aku bukan siapa-siapa, hanyalah sebuah blog kecil, dengan nama yang kecil dan dimiliki oleh tuan yang kecil. Saban hari menanti sentuhan pokcik eddy, tetapi tiga tahun aku diketepikan berseorangan. Aku faham, manusia itu fitrahnya mudah lupa dan sudah tentu manusia mempunyai tanggungjawab lebih besar di luar sana.
Alhamdulillah, entah apa keajaiban yang datang sehinggakan pada lewat tahun 2011, pokcik eddy kembali aktif menulis blog. Sentuhan yang saban hari ku rindui datang membelai kehidupan ku. Benarlah seperti kata-kata mutiara bijak pandai, kesabaran pasti akan menghasilkan keindahan. Maka bermulalah episod aktif kehidupan blog AKU&HIDUP sebagai santapan deria mata para penggemarnya.
Lembaran tahun 2012 merupakan satu lagi episod baru dalam kehidupan ku sebagai sebuah blog. Walaupun nama ku tidak segah mana, tetapi hak ku untuk hidup di alam maya ini masih dipertahankan oleh tuan ku. Aku telah menjadi salah satu sisi penting hidupnya. Jika semua emas dan intan permata di seluruh dunia ini dikumpulkan untuk ku, aku sanggaup tukarkan semuanya untuk satu bentuk penghargaan kepada semua yang sudi singgah menjenguk ku tanpa mengenal jemu. Aku tahu, emas permata juga tidak mampu membalas jerih payah semua yang menyokong ku. AKU&HIDUP serta pokcik eddy akan berusaha menghasilkan sesuatu yang berguna untuk semua. Terima kasih.
(347 patah perkataan tidak termasuk tajuk)
* Impian sebagai seorang blogger
Aku nak menjadi seorang blogger yang di ingati kerana content dalam entry yang aku publish, bukan kerana siapa aku. Itu saja.
p/s: selamat berjaya semua (~_~) jangan lupa VOTE tiap hari untuk pokcik di SINI
7 comments:
wahh..aku sebuah blog...style!..
good luck pokcik!
thx sbb join pokcik... :D
tinkyu hawis... hehehe
ok kamil..sila pilih ceq sbg pemenang.. hahaha
chaiyok2!
tq lelaki ini.. join le sekaki (~_~)
wink..wink..begitu rupa ceritanye,,heheh
terima kasih nur za (~_~)
Post a Comment