edDy sYrOl

Wednesday, April 18, 2012

Soto/bakso bawah jejantas

Inilah keadaannya suasana petang di hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Di bawah jejantas ni, orang ramai penuh berbaris untuk membeli soto dan bakso. Aku terasa mcm berada dekat Indonesia pula. u know kan, sesiapa yang pernah pergi sana, terutamanya di Jakarta, ada ramai penjaja yang cuma menjual makanan dengan menggunakan basikal roda tiga or any vehicle yang aku taktau lah apa nama dia. Dan mostly pembeli akan makan dekat tepi jalan tu juga lah. Sangat mengujakan susana macam tu. And i found it here...!!

Inilah dia mas yang menjual soto/bakso tu. korang boleh pilih dua jenis. sama ada nak campur semua (isi ayam, bakso, dan kaki ayam) atau nak isi ayam dan bebola bakso saja. harga sama. Untuk perasa tambahan, mas ni sediakan kicap manis ABC dan kicap soya pekat juga ada limau. so, korang pilih mana satu perasa tambahan itu.

pokcik makan dengan lahapnya kerana lapar ya kawan-kawan.hohohoho.... aku pilih yang isi ayam dengan bebola bakso saja. kos dia RM3.00 / RM3.50, aku tak berapa ingat lah.

Rasa bakso/soto ni jauh lagi sedap daripada kebanyakan soto/bakso di restaurant2 sekitar. serius cakap...

p/s: Selamat breakfast semua.

6 comments:

anak ayah said...

wo000oo..pagi2 dah kena jamu dgn bakso~~~~~~

Cik mama said...

Uiiittttt tetiba lapoo lak tgok bakso tu... sup kaki ayam favorite cik mama.. oppss

http://pinkpurplemerah.blogspot.com

Anum said...

wow nie betul2 power

hyz said...

sape snap pic mak LOng ni? mesti pakcik jual bakso kan?

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

perhh. terbaek ar.. makan kt kedai2 cm ni memang happening :)

Unknown said...

err..
macam sedap jewk..