edDy sYrOl

Friday, June 1, 2012

Cuti-cuti : Pulau Labuan


Pada 30 dan 31 mei 2012 yang lalu, pokcik dan keluarga akak beserta keluarga kawan akak telah bercuti-cuti Malaysia di Pulau Labuan. Ini merupakan kali ke 3 pokcik mengunjungi pulau bebas cukai ini. first, waktu pokcik darjah 2 ke 3, dah lupa. second, waktu 1 mei 2010. Nah..! inilah yang ke-3.

So, pokcik dan keluarga telah drive ke town seawal pukul 5am. habis je solat subuh, mandi2 kemudian gerak ke town, sebab keluarga kawan akak di sana nak jalan saing. Lagi pula, nak ke Pulau Labuan kena lalu town ye dak, takdenyer lapangan terbang dkt area rumah pokcik ni.

Perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu ke pelabuhan ferry Menumbok mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih.. so, meme agak keraih le pungkoq.. =.='

Sebenarnya, ada empat cara nak ke Pulau labuan. Pertama, naik ferry express dari kota kinabalu, iaitu naik dari jeti Jesselton point. Kedua, naik kapal terbang. Ketiga, naik bas/drive dari kota kinabalu ke jeti menumbok, kemudian naik speed boat. Keempat, naik bas/drive dari kota kinabalu, kemudian naik ferry. ohh ada lagi. kalau rajin berenang dari KK atau dr jeti menumbok (ok fine...taklawaklangsung)

Ini adalah pokcik... ensem kan? kbai..!!


Inilah bentuk tiketnya. Yang colour putih belah kanan tu tiket Ferry, harga dalam...errr ntah lupalah... ni tiket VIP, duduk dlm bilik kecil ber-aircond. one thing nak tegur, pengurusan ferry ni agak kucar kacir. toilet busuk dan sumbat. penumpang2 yang naik pun main sumbat saja. sampaikan ada yang duduk di lantai. Oleh kerana agak padat, bau pun macam2 ye. Yang sebelah kanan tu tiket boat laju. pokcik ke labuan dari jeti menumbok naik ferry. dari labuan ke menumbok naik boat laju. naik boat laju lagi best sebab sekejap saja, dalam 10 ke 15 minit. Naik ferry adalah dalam sejam lebih jugak.

Oleh kerana musim cuti sekolah, beli tiket ferry kena beratur panjang ye. dah lah panas, nasib bukan pokcik yg baris membeli..kah3... yang membuatkan ferry ni lambat nak berlepas ialah kereta yang bersusun nak naik.


Ini pemandangan ketika di laut biru. sangat indah...

Gambar atas ni menunjukkan ferry dah nak sampai pulau labuan. kemudian, apabila mendarat (kaw ingat kapal terbang nak mendarat!!) penumpang2 kelihatan berpusu-pusu turun. rombongan kami disambut oleh petugas jeti (LOL)... huhhuhu

Kami telah menduduki sebuah apartment yang bertajuk (erkkk) BETA apartment. Apartment ini khas untuk golongan raja-raja saja( ok tipu!!) Pemandangan dari apartment ni menghadap balai dan berek polis. tu yang aku rasa lah sebab nampak bangunan bertemakan biru dan putih, di samping ada kereta peronda polis parking di kawasan tersebut. duduk di tingkat 9 best, tinggi........... nampak juga lah suasana kejauhan yg indah. BETA apartment ni betul2 terletak di bangunan Financial Park @ Ujana Kewangan. ianya merupakan tempat membeli belah terkemuka di sini.


Setelah duduk berehat mandi manda di kediaman nan permai, hari pertama kami telah lunch di dalam bangunan Ujana Kewangan juga lah. ada satu food court yang pokcik lupa namanya. Pokcik makan hidangan tradisi masyarakat pulau labuan iaitu mee claypot. eh... bukan tradisi org situ kah? huhuhuhu... :P

Kemudian, setelah tidur akibat kekenyangan, kami telah dibawa untuk berjalan-jalan ke satu pantai yang berdekatan dengan Taman Damai. Aku pun tak tahu kenapa nama dia Taman Damai. Maybe sebab taman ni permai dan damai suasananya. Taman ni tak bising, yang bising orang2 yang tengah lepak2 dan mandi2 dekat pantai saja. Dan budak2 yang main dekat playground bersebelahan dengan food court.


Ini merupakan hidangan makan malam kami. Seafood yang segar2 dari ladang. Kami makan disebuah restauran tepi pantai yang dinamakan Anjung Ketam. Seafood dia memang segar. Pilih sendiri, kemudian timbang, kemudian cakap lah nak diaorg masak apa style yang kaw nak. Memang puas. Sebagai bukan pemakan ketam yang tegar, aku makan sajalah sebab lapar. huhuhuhu..

Hari ke-2


Hari kedua, kami telah dibawa oleh family abang hussin (kawan akak) ke war memorial. ini macam taman nak mengingati pejuang2 pada zaman perang dunia kedua.

Seterusnya, kami dibawa ke taman botani. tapi tak sempat masuk, sebab katanya taman ni beso sangat. Kami cadang nak balik menumbok pukul 1pm, maka takley berlama-lama. Kemudian kami ke taman burung. Ni sempat masuk kejap. Budak2 first melangkah kaki terus pergi playground, bukan nak tengok burung sangat.


Sebelum menuju ke jeti, sempatlah beli coklat di sini. coklat, perfume dan kereta di sini dijual dengan tanpa cukai. Inikan pulau bebas cukai. Nak beli kereta, duit tak cukup. Nak beli perfume, ada lagi stock. so, beli sajoooo cekelat.

Dalam pukul 2pm lebih, kami dah ada di jeti untuk menaiki bot laju. dalam pukul 4pm lebih, kami naik bot. lihatlah budak2 ini, happy saja naik boat WALAUPUN ombak membuatkan bot kami melambung tak henti2.... huhuhu...

Gambar kurang memuaskan hati kerana pokcik pakai kamera HP saja.. sekian Wabillahi taufiq walhidayah...

p/s: Jumpa lagi ohh pulau labuan (~_~)

5 comments:

Luqman Zakaria said...

wah bestnye~ :) bukan nak ajak yer~~~hehe

eddy syrol said...

luqman: eh...kene ajak ye? hehehhe

hawiz said...

(=_=)..sronok bercuti....heehe...pnjg betol entry nie..cam karangan spm..ihhi...tp syokk la tgk org2 bercuti..=)

eddy syrol said...

tq hawis :)

Ramizah Rahman said...

bestnya dapat pergi Pulau Labuan...your entri sangat best...i like.. :)

www.ramizahrahman.com