edDy sYrOl

Friday, July 20, 2012

Ramadhan datang lagi : 1433 Hijrah


Dengan rendah hati aku nak ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa tahun ini (1433 H/ 2012 M).

Bersyukur sangat dapat kembali ke bulan yang sangat mulia ini. Aku pasti ramai yang merintih, merayu dan berdoa siang dan malam agar dapat merasai bulan ramadhan yang penuh barokah ini. Sebab satu kerugian andai kita tidak diizinkan untuk melaluinya. Terima kasih kita kepada Yang Maha Esa.

Sebagai manusia yang lemah dan penuh dengan permintaan, aku akui banyak yang aku inginkan dalam hidup. Harapan, impian, angan-angan dan cita-cita. Ya Allah, aku harap agar ada berita gembira di bulan yang mulia ini. Mungkin fokus aku sekarang hanya satu, dan ianya sangat jelas di hadapan. Tapi, masih ada banyak impian berlegar. Semoga Allah ampunkan aku dengan karenah dan sikap ini.

Sekali lagi aku ucapkan selamat menyambut bulan mulia Ramadhan Al-mubarak. Aku doakan yang terbaik untuk kalian sahabat-sahabat. Maafkan salah silap aku.

p/s: isilah bulan ini dengan aktiviti yang berfaedah

4 comments:

hairy said...

selamat berpuasa eddy...semoga ramdhan kali ni lebih bermakna buat diri anda..salah dan silap dri sya juga hrap dimaafkan :-)

hawiz said...

salam ramadhan pokcik...selamat berpuasa sok ary..=)

ارمن زفري said...

Selamat mengisi ramadhan kali ini dengan cemerlang ;)

hyz said...

selamat menyambut ramadhan mak long