edDy sYrOl

Wednesday, November 14, 2012

Morning bla bla bla

Cuaca cerah, secerah harapan dalam hati yang mahukan semua perkara berjalan dengan baik. Tidur lewat semalam, buat sedikit kerja yang masih bersisa. Maka, pagi ini rasa sedikit mengantuk. Kepala ada sedikit sakit, tapi tidak mengapa. Masih boleh dikawal. InsyaAllah nanti ok lah. 

Ini saja menyempatkan diri on9 di kedai Abang Ipar. Sementara tunggu kakak yang maish berurusan di bank. Ambil duit kah? bagilah sedikit. hehehehe... Kami akan ke town sebentar lagi. Sedikit urusan berkenaan kereta. 

Macam-macam hal dalam hidup ni. Semenjak dua menjak ni ada saja tidak kena dengan beberapa orang di sekeliling. Mengapa? Adakah mereka telah dilupakan oleh Yang Maha Esa. Jawapannya pasti TIDAK. Yang pasti, mereka sendiri yang melupakan Sang Pencipta, sebab itu rahmat-Nya sukar hadir dalam hidup. Tapi semua ini rahsia Allah. Siapa kita yang mahu berteka teki. 

Esok awal Muharram. Tahun Baru Islam. Masa untuk memikirkan matlamat baru, tapi kalau matlamat sebelumnya masih tidak tertunai bagaimana? Tabah sajalah. Semoga nanti dipermudahkan oleh-Nya. Amin....

p/s: Assalamualaikum semua.... Selamat pagi.. Ohayooo...