edDy sYrOl

Tuesday, December 23, 2008

bila seorang teman bercerita







seorang teman bercerita pada aku... dengan penuh syahdu dia memulakannya...






"Awak tau tak, semenjak saya kenal awk hati saya berbunga-bunga. Banyak perkara yang membuatkan saya rasa bahagia biarpun saya tak pernah memandang wajah awk. Gambar adalah. MMS….Pada saat itu, jarak kita yang jauh rasa seperti setapak sahaja di hadapan. Jarak ketika itu bukan seperti penghalang kepada perhubungan yang terjalin. Semuanya terasa cukup indah.

Kita selalu berkongsi cerita. Suka dan duka. Menangis bersama. Saya masih ingat bila awak ceritakan tentang sakit yang awak hidapi, sedihnya. Sedih saya kerana tidak mampu untuk berada di samping awak di saat awak menghadapi saat-saat yang amat sukar. Saat yang pasti menyakitkan bagi awak. Dengan proses itu dan ini bagi memastikan kesihatan awak kembali kepada sedia kala. Normal. Sihat dan ceria seperti biasa. Waktu tu, saya ada call awak. Ingat lagi tak, dalam telefon saya menangis. For the first time I was cry trough mobile phone. Sedihnya bila dengarkan suara awak. Awak sakit, tapi cuba untuk buat suasana jadi ceria. Awak cuba gembirakan hati saya. Awak cuba untuk tukar topic perbualan bila saya ajukan soalan tentang sakit awak. Bertapa saya sayang dekat awak.

Saya selalu tersenyum bila terkenangkan apa yang kita buat bersama. Secara berjauhan. Awak di seberang laut sana, dan saya di sini. Ingat lagi tak, kita buat assignment awak bersama-sama. Ingat lagi tak saya call awak bagi a few information yang awak minta saya cari. Lepas tu, saya siap emailkan lagi beberapa information yang related dengan beberapa soalan assignment yang awak dapat dari lecturer awak. Nasib baik awak ada edit report yang saya hantar tu, kalau tak memang masak la awak lecturer awak baca perkataan sayang sayang bucuk saya untuk awak…ermmmm… bertapa saya amat cintakan awak.
Saya tak tahu apa jadi dengan saya semenjak mengenali awak. Hampir setiap saat saya memikirkan awak. Hampir setiap masa saya terkenangkan awak. Tak pernah rasa jemu memikirkan awak. Kalau satu hari saya tak sms awak, saya rasa lain macam jew. Macam ada perkara yang masih tak selesai saya belum lakukan. Dan andainya satu hari tak menerima khabar awak, mesti saya termenung dan berfikir apalah yang sedang awak buat di seberang lautan sana? Ingatkah awak pada saya? Sayangkah awak pada saya? Tapi awak tau tak, selalu saya ingatkan diri saya bahawa awak memang sayangkan saya dan amat mencintai saya. Saya selalu yakini itu. Saya semat selalu di dalam hati saya.

Awak…. Tahu tak bila awak cakap awak nak ke luar Negara, ikut parent awak, bepergian selama beberapa tahun. Sedihnya saya. Sedangkan kita tak pernah bersua muka lagi. Bermesra kasih Cuma di dalam mobile phone, dan kini awak nak tinggalkan saya lebih jauh. Tapi tahu tak awak, saya tetap yakinkan diri saya bahawa satu hari nanti saya pasti akan bertemu dengan awak, sebab rasa cinta dan kasih saya pada awak. Atas sebab itu juga, saya sekali lagi saya yakinkan diri saya yang awak akan terus mencintai dan menyayangi saya, selamanya. Biarpun kita akan berjauhan dan kini lebih jauh lagi jarak kita. Semoga hati kita tak akan berjauhan awak.
Tapi awak…. Saya tak faham setelah hari raya aidilfitri hari tu, setelah sebulan saya tak dapat hubungi awak saat bulan puasa, awak seakan-akan nak putuskan hubungan kita. Kata-kata awak sendiri seakan akan mentafsirkan itu semua. Malah ketika saya call awak, awak selalu saja busy. Awak tahu tak, untuk kesekian kalinya saya yakinkan diri saya yang awak sebenar cinta dan sayangkan saya.

Dan awak tahu tak, masa tu saya tengah lepak dekat bilik junior saya. Dan kita bersms. Kita borak perkara-perkara ringan, sehinggakan kita borak tentang perhubungan kita. Saya sangat sedih awak. Awak bunyikan sms awak seakan-akan nak putuskan hubungan kita, tapi awak tak cakap direct. Awak bagi dalam bentuk kiasan. Dan apa yang lebih menyedihkan saya awak, pada hari itu dan saat itu awak memberikan alasan jarak yang jauh sebagai satu perkara yang akan menghalang perhubungan kita. Awak tahu tak, masa tu saya dah terkedu sangat. Nasib saya ada dekat bilik kawan, kalau tak mesti saya dah tak dapat kawal diri saya. Dan apa yang lebih menyedihkan saya ialah sms awak yang ini “saya takkan tinggalkan org yang saya sayang (parent saya) untuk orang yang saya suka (awak), dan saya takkan biarkan orang yang saya sayang (parent saya) untuk orang yang saya suka(awak)….” Ini antara baris sms awak yang buat saya betul-betul hilang kata. Saya ingat ini asalnya sms yang saya berikan pada awak, tapi awak ubah untuk memberitahu hasrat hati awak. Sedangkan sebelum ini saya tak pernah cakap awak tak boleh ikut parent awak ke luar Negara. Saya tak pernah cakap tak boleh awak. Awak boleh pergi. Pergilah. Tapi jangan lupakan cinta yang kita ada. Dan keduanya, adakah saya ini sekadar orang yang awak suka, dan tak tergolong dalam insan-insan yang awak sayang. Saya sangat sedih waktu itu. Balik bilik, saya rasa saya menangis. Itu perasaan saya. Tapi saya tak mahu menangis. Tapi awak, saya rasa macam saya menangis. Kenapa agaknya ya? Mungkin kerana apa yang saya tengah tanggung saat itu. Mungkin awak tak rasa. Saya terus cari di mana salah saya. Adakah diri saya sendiri yang membuatkan awak cakap mcm tu.

Setelah sekian lama saya tak dengar khabar tentang awak. Sangat lama. Saya asyik fikirkan awak. Apa khabar awak? Sedang buat apa? Masih sakit lagi ka? Semua saya nak tanyakan pada awak, tapi dalam situasi sekarang saya dapat rasakan yang seperti awak tak ingatkan saya langsung. Yang terkini, saya tahu awak dah kerja secara sambilan dekat KL. Saya selalu doakan awak semoga awak sihat selalu. Saya selalu berharap awak gembira mengghadapi hidup awak. Saya masih sayangkan awak. Tak pernah berubah hati saya pada awak.

Berita terbaharu yang saya dengar, awak dah ada orang lain. Sedangkan awak belum lagi ke luar Negara. Awak masih di Malaysia. Dan awak ada orang lain. Awak, belum terlafaz pun dari mulut awak yang kita perlu break off. Apa lagi dari mulut saya, dan kini awak dah ada orang lain. Awak…. Awak tahu tak apa yang saya rasa saat ini. Hati saya hancur. Hancur sangat-sangat. Awak tak kasihankan saya ka? Nampaknya awak tak sayangkan saya. Awak dah tak cintakan saya. Atau pun adakah dari dulu lagi awak memang tak sayang dan cintakan saya? Maknanya, alasan jarak kita yang jauh ni Cuma satu alasan semata-mata, sedangkan sebenarnya cinta awak dah beralih pada orang lain. Awak, selain dari jarak kita yang jauh, apa lagi sebenarnya salah saya pada awak sampai awak buat saya macam ini. Hari ini, untuk pertama kalinya saya rasa upset sangat dengan hubungan kita. Saya menangis lagi. Kenapa saya tak kuat? Untuk awak yang selalu saya tunggu, tapi hadiah hali lahir saya dapat adalah berita ini. Hadiah apakah ini awak? Sungguh istimewa hadiah ini, dan pasti akan saya kenangkan sehingga akhir hayat saya. Percayalah.

Satu lagi berita yang saya dengar, kini awak dah bersama parent awak jauhhhhhhhhhh di lautan sana yang lagi luas. Awak tahu tak apa yang kini saya fikirkan, saya harap awak akan selalu bahagia dengan perjalanan hidup awak. Awak pernah bercakap dengan saya mengenai cita-cita awak, impian awak yang terkandas dek kerana nak manjaga parent awak di sana. Saya doakan semoga impian awak yang tak tercapai itu akan terlaksana. Biarpun pastinya tidak dalam waktu terdekat ini, tapi one day it must be yours. Trust me.

Awak…. Saat ini saya masih rindukan awak. Jauh di sudut hati saya masih menyayangi awak. Kenapa kasih sayang saya taknak luput, saya sendiri tak faham. Tapi awak tahu tak, jauh di sudut hati saya juga tetap berharap satu hari nanti saya akan dapat bertemu awak. Bukan apa, saya betul-betul nak tahu awak siapa sebenarnya? Siapakah awak yang telah mencuri hati saya dari kejauhan… biarpun saya sedar saya tak mungkin berdiri di sisi awak sebab awak dah ada yang lain.

Awak tahu tak….? Saya Cuma nak awak tahu yang sayang dan cinta saya pada awak dulu dan kini, bukanlah sesuatu yang saya buat-buat. Ia adalah suatu perkara yang lahir dari hati sanubari saya. Ikhlas pada diri awak. Mungkin awak tak faham tapi itu bukan salah awak. Semua salah saya sebab mencintai awak. Ya, saya lah yang bersalah sebenarnya.

Awak, untuk terakhir sekali, saya mendoakan awak dalam semua perkara yang baik. Mungkin amat susah untuk saya lupakan awak, mungkin tidak akan lupa tapi biarlah. Itu hidup saya, asalkan tidak mempengaruhi hidup org lain. Cukup! Awak tahu tak, saya juga takkan bencikan awak dengan apa yang berlaku. Hati dan perasaan saya tetap sama, namun awak tahu tak, saya akan pastikan awak takkan pernah lupa siapa saya bila satu hari nanti kita bertemu. Bukan mengharap satu hari nanti kita akan kembali bersama, tidak. Tidak sama sekali… (kata putuskan hubungan pun tak terlafaz), namun saya Cuma nak awak still ingat siapa manusia ini, yang gila menantikan awak sedangkan awak………………..

Selamat menjalani kehidupan. Semoga tetap bahagia dengan hidup mu……."









aku apa lagi terus join nangis ni..huhuhu...well, kesetiaan tu penting...tapi dengan cara yang betul la kalau nak berkasih sayang,,,,

Friday, December 19, 2008

color of life

warna memainkan peranan yang penting even dlm pemilihan barang2 harian kita..malah warna itu boleh menggambarkan diri kita sendiri...

let me share a few colors yang memang jadi pilihan aku kalau aku pakai baju...ceh...heheh..tak suke toksah baca ek....

1. putih..
semenjak dua ni aku mmg gilekan warna putih.sbb apa, sbb aku rasa bila pakai warna putih buat aku rasa diri aku saaaangat bersih..suci...dan murni..hehhehe...and also when i use white shirt, it will hide my body yg damn kurus ni...ahahaa...bagi aku la, aku selesa dgn keadaan body aku dan t-shirt putih, berkolar mahupun tak berkolar...kemeja pun ok gaks..time hujan gak suke pakai baju putih...cool...

2. hitam..
hitam aku suka pakai bila time malam atau time hang out reramai dgn kawan. kwn aku ckp aku lagi bek pakai hitam dr putih sbb bentuk badan aku yg comel lote ni...huhuhuhu...tapi bagi aku baju hitam ni nampak strong.

3. coklat
aku ada gak koleksi baju coklat ni. t-shirt la..aku suka pakai warna ni tgk pada jenis baju dia, design dia dan jenis kain. basically, tak berapa suka coklat. tapi ok la.. nampak santai.

4. hijau.
kalau baju melayu mmg aku suka hijau. nampak best n cool dengan hijau..more nature.

5. oren
aku ada satu baju oren sekarang. baju free. n also my favorite stuff..hehehe...oren kalau baju T dia sesuai dgn design, simple, dan kain cantik mmg best pakai.. dan bagi aku baju T warna oren kena tak terlalu besar dari badan hangpa. nanti nampak tak sesuai. bagi aku, oren nampak sexy dan strong.hahahha..sexy tu yang mahal...ahaks...kena berani la dengan color ni...

6. biru.
biru ni sometime ok.kalau aku baju kemeja biru nampak cool. lengan panjang lagi nampakkan hangpa lebih matang dengan penampilan. biru ni sesuai la untuk formality same as black and white. baju T biru bagi aku yang lawa bila warna agak cerah la..yang warna dark tak cantik.nakpak tak cool dan bosan.

so far, ni la warna pilihan aku untuk pilihan baju..well, semuanya bergantung kepada keadaan dan situasi.kena sesuaikan keadaan la. tapi biasanya aku ni santai ja gi memana. tak kisah org nak ckp pew....untuk pengetahuan, apa aku ckp di atas hanyalah mengikut kepada pendapat aku sendiri. bukan di pengaruhi oleh mana-mana pihak. i have right to say so..kan kan kan...nanti kalau ada warna baru yang aku suka ill write here...huhuu..

so, stay cool with the color of your life...

friendship :)

Friendship isn't always easily described. The Eskimos, they say, have a hundred different words for snow. Unfortunately, the English language isn't quite as innovative, though it has vast opportunities to differentiate meaning. Certainly, Love is one of those opportunities. And so, too, is Friendship.
Instead of different words, however, we're stuck with simple adjectives. Close friend. Best friend. Childhood friend. Intimate friend. Trusted friend. Beloved friend. But whether you use adjectives or different words, few could deny the nearly infinite meaning in such a simple word.
Friends are special people. We can't pick our family, and we're sorely limited in the number of them at any rate. Society and mores (and often our own conscience) dictate we select a single mate. But our friends can be as diverse and infinite as the adjectives we choose. Our friends, in a very real sense, reflect the choices we make in life.

tips menjaga anak...


Tegas, iaitu hendaklah bertegas dengan anak-anak seperti ketika menyuruh tutup tv pastikan mereka menutupnya. Jika suruh mandi pastikan mereka mandi dan disiplinkan mereka mengemas rumah.

Makan berjamaah bersama anak-anak.

Ajar solat ketika masih kecil.

Ibubapa tunjukkan minat membaca kepada mereka dengan rajin membaca buku atau akhbar di rumah serta wujudkan mini perpustakaan atau ruang membaca di rumah.

Wujudkan suasana rumah yang aman, damai dan bersih supaya anak-anak lebih suka duduk di rumah dari berjalan ke sana ke mari.

Berhubung sentiasa dengan mereka jika mereka sudah belajar di luar (asrama).
Tanya masalah mereka selalu.

Selalu ziarahi mereka di asrama sekolah dan masak masakan kegemaran mereka untuk makan bersama.

Berhubung sentiasa dengan sekolah dan guru-guru mereka.

Jadikan anak-anak bila dewasa sebagai rakan dan teman.

Setiap kali menghadapi peperiksaan ibubapa puasa dan solat hajat doakan mereka begitu juga anak-anak. Baca ayat "Alam Nasyrah" untuk lapangkan dada.

Banyak makan ikan dan kurangkan makan ayam atau daging.

Beri mereka makan kismis dan bekalkan kepada mereka di sekolah/asrama.
Makan cokelat.

Kurang membawa anak-anak keluar atau makan di luar. Lebih utamakan masakan sendiri untuk anak.

Namun, wujudnya ibubapa yang membiarkan anak-anak dididik oleh pembantu rumah hinggakan mereka lebih rapat dengan pembantu rumah dari ibubapa sendiri. Beliau juga menegaskan bagaimana fenomena sekarang di mana ibubapa membiarkan anak-anak menonton tv dengan bebas terutama rancangan Astro yang jelas banyak merosakkan minda anak-anak (eloknya setiap rumah muslim tiada Astro kerana ia jelas mengganggu pembelajaran anak-anak) dengan budaya hidonisme sonsang yang pasti merosakkan sahsiah anak-anak.
semoga anak-anak kita soleh dan solehah ... aminnnn

Monday, December 15, 2008

destiny

What if I never knew
What if I never found you
I'd never have this feeling in my heart

How did this come to be
I don't know how you found me
But from the moment I saw you
Deep inside my heart I knew

Baby you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be my destiny

I wanted someone like you
Someone that I could hold on to
And give my love until the end of time

But forever was just a word
Something I'd only heard about
But now you're always there for me
When you say forever I believe

Maybe all we need is just a little faith
'Cause baby I believe that love will find the way

Baby you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as I far as I can see
From now until eternity
You were always meant to be my destiny


my destiny is far...................eddy....

Friday, December 12, 2008

memori rakan muda






















alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.












words yang cukup bermakna untuk setiap org pegang dlm menjalani hidup di muka bumi ini. aku pun rasa nak pegang ja kata2 ni dengan eratnya. insyaAllah....












dalam setelah habis cuti ni tak banyak benda aku boleh buat. start cuti aku dengan program Rakan Muda Wawasan Desa dekat kg. Minawo Ulu keningau. best la juga, my second experiance jadi anak angkat. bapa angkat aku bekas askar. sebelum ni dekat Gadong beufort bapak gua keje sepital.












habis almost seminggu bakti siswa gua duk kampung ja la. mcm sekarang ni tak tau nak buat apa.
























gua cerita la apa yang berlaku dekat sana eh. time kitaorg sampai dah lambat dah. hujan lagi dekat kg tu. rahmat...kata MC ptg tu. so aku dapat la bapa angkat JKK kg. well,suai mesra rupanya bekas askar, tapi rupa tak mcm askar pun. gayanya pe lagi..heheheh..jgn marah abah....












hari pertama just sesi suai mesra la dengan family. as usual sebagai insan yang pemalu (ahahahaha) aku mmg tak banyak ckp. just biasa2 je la. kenal kan diri. rasa mcm formal lak. aku satu family dengan Huda. dia jadi akak aku pada ketika itu.heheheh..so, aku ada abah, ibu, dan tiga org adik.sorng aku panggil kakak,then izaz,dan izad(atau lebih d kenali sebagai lebek).












malam hari pertama ada ceramah oleh ustaz dekat kg tu. aku lupa nama dia r....ceramah biasa ja tak lama. then, sesi suai kenal dengan penduduk kampung.












hari kedua kitaorg ada program nama dia "Industri Desa". so dekat sini kitaorg belajar dan mengenali apa dia pekerjaan utama masyarakat kg. minawo ni. family aku menoreh getah dan tanam padi sawh serta padi bukit. selain itu depa gak ada kolam ikan 5 buah dekat dengan sungai berdekatan. oleh kerana dekat dengan sungai, bila air pasang pe lagi ikan lari r.....actually, ptg semalam lagi lepas je sesi suai kenal ibu bawa kiteorg g kolam ikan bg mkn ikan...so pagi tu, kiteorg mulakan dengan pegi sawah padi..actually, aku tak nak sangat g sawah padi sebab aku dah biasa dkt kg tgk sawah....time dekat sawah aku jumpa Qorinna dan stell (peserta gak) dekat sawah tu tengah pose maut punya. ape da, g sawah nak posing lak. aku pun join la sama..heheheh... lepas pegio sawh, kiteorg pegi lak motong getah...sini best. my first exppireance motong getah. nampak susah wei. apa yang menyebabkan dia susah? bagi aku susahnya kalau kita salah potong pokok tu boleh rosak. then kita motong tertunduk tunduk. tahu tak boleh sakit belakang. lagi bahaya lau ada menatang uas. tapi rasanya dekat kampung tu takdenyer rimau. setakat ulaq tu biasa la. dekat rumah aku semalam pun ada ulaq tau. mmg menggerunkan.huhuhhu.... habis menoreh, kiteorg gerak gi kolam ikan untuk kali keduanya. tapi kali ni kiteorg memancing. ok, kolam ikan ni ada lima semuanay. dua darinya ada ikan tilapia. tiga lagi masing-masing ikan merah, ikan haruan, dan paling special ikan keli afrika. so, ari tu kiteorg memancing sendiri untuk di masak tengah hari nanti...ahaks...best!! but one thing, aku tak suka memancing...amat membosankan...kacau org memancing boleh la..buat bising!! hahahah.... tapi pagi tu kiteorg banyak dpt hasil...izaz adik ku memang cun pancing ikan dow..tapi dia tak pandai lepaskan ikan dr mata kail. besa r budak2 kecil ni tau mancing je, lepaskan tak tahu..yg bestnya, qori dan stell ikut mancing sekali...












untuk pengetahuan, father n mother angkat qory n stell ni merupkan ibunda dan ayahanda kepada ibu angkat aku..hahahha...maknanya, depa tu kire makcik n pakcik aku la di sini...huahauhaua.....












so, tgh hari tu kiteorg mkn dkt rumah qory la....depa masak...mkn hasil tangkapan....but sorry to say, aku tak mkn ikan keli afrika masak lemak tu, sbb aku tak pandai sangat mkn ikan ni. kalau goreng suke rrr....ahaks....kenyang je kiteorg trus blah gi sukaneka....












sukaneka aritu tak ok sangat la sbb ptg hhujan kan...so tergendala..mcm tu gak dengan main bola n bola tampar..












so gua ringkaskan le eh aktiviti sepanjang dekat situ untuk yg seterusnya...












-sukaneka dan main bola n bola tampar untuk hari berikutnya, sambungan smlm tak jadi sangat sbb hujan. ptg tu hujan gak tapi blasah jer....hujan tak lebat, renyai2 jer..












- mlm dia ada mlm kebudayaan...aku yg urus...nampak kelam kabut gak tapi blasah jer...org kampung nasyid dan karaoke. kiteorg buat nyanyi akapella, sketsa, dan diselang seli dengan iklan yg comel2..hahhaha












-penutupan hari berikutnya. aku MC...wah!! tapi hancus...aku tak ready sangat actually....salah aku gak. malas prepare...












- then balik....












well, satu pengalaman yang cukup bermakna. aku suka team aku kali ni, ramai gang keras aku. so semuanay jadi seronok bila jumpa kawan2 yang satu kepala....












adios...












buat abh n ibu ku, thx sbb jaga mkn minum n layan aku n huda dengan baik..aku amat hargai....namun kasih sayang buat bapa n mak gua still kuat lagi...i miss them...ermmmm