aku menulis kali ini dengan rasa berat hati. berat hati kerana aku baru membuat satu keputusan yang memang aku yakin dan percaya dia akan merasa sangat kecewa. "cant meet up during our 1st year anniversary". aku tahu dia sangat kecewa, tapi aku lebih kecewa. gandaan kecewa aku kerana aku tidak mampu untuk membuatkan dia merasa bahagia di tahun pertama perhubungan kami. bukan aku tidak mahu bertemu dengan mu sweety, tapi kerana urusan kerja. aku harap dia faham dengan keadaan ku walaupu jauh di sudut hati aku, sebenarnya dia tak faham. kerana setahun perhubungan ini, aku sudah tahu, bila dia senyap maknanya dia kecik hati.
tahu tak kenapa aku masih bertahan dengan kerja yang aku buat sekarang? sebenarnya aku sudah decided nak berhenti jak keje ni...malah family aku pun bagi pilihan yang terbaik (yang menyenangkan hati aku). tapi aku agak tersentak bila aku beritakan pada dia, dia seakan tidak memberikan kepastian yg jelas terhadap masalah aku. dan pada ketika itu aku dpt rasakan yang dia kecewa. kecewa yang teramat sangat dengan keputusan aku. lalu keesokan paginya aku buat keputusan untuk bercuti sehari dan akan menyambung kerja pada hari berikutnya. (malah waktu aku cuti itu ialah hari lahir dia, dan aku buat kejutan untuk dia).
waktu aku bertemu dengan dia di pizza hut, dan aku katakan yang aku decided utk tak jadi berhenti kerja, cahaya gembira ada di wajahnya. dan aku tahu, jika aku bekerja dia akan gembira.
dan pada saat ini, dan ketika ini, aku masih di sini adalah kerana dia. dan akau harap dia akan faham semua tindakan aku adalah bermatlamat untuk membuatkan dia merasa bahagia. percaya atau tidak, dia adalah top list priority aku dlm hidup ini...
eddy syrol dalam dilema....
No comments:
Post a Comment