edDy sYrOl

Sunday, August 15, 2010

happy 1st year anniversary


rasa sangat gembira kerana perhubungan ini telah menjangkau usia setahun.... mungkin ada yang akan cakap "eleh...baru setahun jagung, tapi bagi aku jarak masa itu sudah cukup membuatkan aku matang dalam perhubungan. dan aku bukan BUDAK-BUDAK OK!!!!

tapi ada perkara yang menyedihkan... bila anniversary ini dia telah melakukan sesuatu yang cukup menghiris hati aku. bila dia juga turut menyatakan aku tidak memahami kehendaknya. kehendak apa? kehendak dia untuk bersuka ria bersama org lain di sana? itu kah kehendak dia.? mungkin dia fikir aku tidak tahu, tapi syukur aku memiliki sahabat yang loyal dan tahu akan keinginan aku dalam perhubungan antara aku dgn si dia ini. walaupun dia menyampaikan berita yang menyedihkan, namun aku tahu niat dia baik agar aku dapat mampu memperbaiki hubungan yang sudah menginjak usia setahun ini.

cuma apa yang aku tidak habis fikir ialah, perlukah dia berada di sana bersendirian (kononnya)... kononnya dia berada di suatu tempat (yang jauh dari rumah) dan aku tidak memahami kehendak dia sehinggakan dia tega berbuat demikian. adakah dia bermaksud untuk menyatakan hukumannya pada aku kerana tidak memenuhi permintaannya dan mementingkan urusan kerja? sebenarnya dia yang tidak faham. berfikiran seperti budak-budak tapi mementingkan dirinya sendiri. maaf buat dirinya yang aku cintai kerana berkata begini. cuma apa yang terjadi semalam sangat melampau dan aku tahu semuanya. aku tahu dari A to Z apa yang berlaku. meskipun aku sekarang tidak seobses dulu, yang obses kepada kehidupan internetnya. namun aku masih boleh membuat akses melalui laman maya aku sendiri dan melihat serta mengkaji apa yang terjadi. walaupun melakukan kesalahan, mana ada kata maaf di bibir itu terpacul kepada aku. tapi aku tidak mengharap itu. biarlah..

dia pernah berkata mahu cuba untuk berubah. kalau setakat untuk berkata-kata dan tidak melakukannya, perkara itu hanya akan jadi CUBA DI MULUT SAHAJA. namun melalui tindakan tidak akan berlaku. aku rasa mungkin kau tak akan berubah. sebab aku dapat lihat sebenarnya kau sendiri seakan tidak membenarkan aku masuk sepenuhnya dalam diri mu. aku dapat rasakan aku cuma secebis rasa dan keinginan sahaja, namun seakan akan aku tidak dikehendaki untuk ada dalam dunia mu. malah kau membenarkan orang lain untuk sama-sama memiliki diri mu seperti mana aku merasakan kau milik aku - maknanya kau bulan milik aku sepenuhnya tapi juga dikongsi dengan yang lain.

syg, kau bukan bersendirian. aku tahu dan aku cuma berdiam. mengharapkan kau mengaku, jauh sekali. sudah lah.... kau buatlah apa yang kau rasa cukup menggembirakan kau. aku redha dan sekarang akan pasrah sahaja dengan ketentuan ini, yang kau sendiri kehendaki. aku tidak akan bercakap lagi. cukup aku melihat dari jauh dan membiarkan hati aku hancur dan derita, dan kau tidak perlu risau tentang itu (atau kau mmg tak risau pun). tapi kata-kata aku tentang siapa engkau di hati aku pasti tidak akan pernah aku mungkiri. kau tetap insan yang satu di hati aku. tak usah kau ragui itu. cuma, kau hiduplah dengan kehendak mu itu. teruskanlah merasakan kebenaran atas semua tindakan mu. teruskanlah memperlakukan aku umpama tidak mengetahui apa-apa. aku relakan kini (malah dari dulu pun aku biarkan tanpa kerelaan).

* terima kasih atas hadiah ulang tahun perhubungan kita yang pertama ini. aku hargai dan pasti aku kenang sampai bila-bila. kau tetap insan yang aku cintai.

1 comment:

dAiEnG said...

pepatah inggeris mengatakan : cinta yang suci tidak ada erti bahagia...
pasti ada derita yang akan datang bertandang...bersabar lah yeaa.