edDy sYrOl

Tuesday, August 10, 2010

sebelum bulan puasa

meniti hari di tahun 2010 ni, pejam celik pejam celik dah masuk bulan puasa dah...tak lama kan...? rasa mcm masa tu berlalu dgn cukup pantas.... gua yakin dan percaya, mereka2 yg ada matlamat hidup pasti akan merasakan perasaan yang sama dgn gua..yew tak?!!

esok dijangkakan bulan puasa, so banyak la org dah plan nak berbuka semsame la..nak buka pose kat tpt ini la, tempat itu la.banyak sangat ragam manusia...well, gua gaks yang tgh duk sorang-sorang dekat dlm opis ni menikmati juadah maggie kari sempena lunch gua...sbb semua org kat opis ni cuti termasuk sorang dak yang memang jaga operasi, so dia tak dok dlm opis lew. tak pe, gua kene siapkan keje dengan sebaik mungkin.

apa matlamat puasa tahun ini. well, bulan puasa merupakan bulan yang sangat mulia. malah doa kita insyaAllah akan dimakbulkan pada bulan ini - andai kata kita memintanya dengan seikhlas hati lew. bagi gua, gua nak sangat merasakan ramadhan yang menenangkan hati gua. gua gaks berharap sangat dalam bulan ramadhan ini, gua akan mendapatkan khabar gembira..dapat keje tetap ke. tak pon, dapat keje yang menyenangkan hati gua. gua harap la doa gua akan termakbul di bulan ini...korang ada matlamat ramadhan gaks tak?

well, gua bakal merindui hari-hari yang telah berlalu. tapi pasti gua akan semat dlm memori fikiran ini.... biar masa hadapan akan lebih manis dari apa yang telah dilalui..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

No comments: