edDy sYrOl

Thursday, January 27, 2011

Ayu terima syarat Zaquan


MALAM 21 Januari lalu benar-benar menjadi milik pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan dan pasangannya, pemain bolasepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd Radzak.

Usai majlis akad nikah yang menjadi kemuncak sesebuah perkahwinan beberapa jam sebelum itu, mempelai mengatur resepsi yang penuh meriah dan bermakna di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar, Alor Setar.

Bak seorang puteri dan putera dalam cerita dongeng, Ayu, 27, dan Zaquan, 24, tampil menawan dan mempesona ketika tiba di karpet merah sehingga menjadikan semua jemputan terpukau seketika.

Alunan lagu merdu nyanyian Shania Twain, From This Moment yang mengiringi langkah pengantin ke persada pelamin nan indah dengan limpahan cahaya bulan penuh cukup menebarkan suasana romantis pada malam itu.

Dengan mengenakan pakaian pengantin serba putih daripada pereka Rizman Ruzaini, kedua mempelai berarak memasuki ruangan pelaminan yang bertemakan Cerita Puteri Dongeng yang menjadi impian si pengantin perempuan.

Ayu turut tampil menawan apabila menggayakan busana berwarna merah jambu dengan sanggul tinggi berhias kuntuman bunga ros bersama vel ketika acara memotong kek sementara Zaquan segak berkot kelabu, juga ilham Rizman Ruzaini.

Pasangan tersebut dinikahkan pada hari yang sama di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar setelah hampir empat bulan bertunang.

Ayu yang berwalikan abangnya, Roshidi, 31, dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil dalam satu majlis ringkas namun meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan.

Dengan sekali lafaz, Ayu sah sebagai isteri Zaquan dan menerima mas kahwin berupa wang tunai RM1,888 serta sebentuk cincin berlian.

Tidak lengkap pernikahan tanpa hantaran, mempelai bertukar hantaran perkahwinan dengan tujuh dulang daripada pengantin lelaki yang berbalas sembilan daripada pengantin perempuan antaranya berisi persalinan, sejadah, telekung, minyak wangi, bunga rampai, kek dan coklat.

Paling istimewa Ayu turut menghadiahkan suaminya sepasang kasut bola berwarna merah lengkap yang bertulis nama mereka.

Wang hantaran bagaimanapun menjadi sesuatu yang cukup rahsia dalam perkahwinan ini apabila kedua pengantin mahupun anggota keluarga menutup rapat mulut mereka daripada memperkatakan tentang perkara itu.

"Biarlah hanya keluarga kami saja yang tahu", kata Ayu sambil tersenyum.

Demikian termeterai sudah percintaan yang disulam lebih setahun lalu dalam diam dengan ikatan perkahwinan dan bermula fasa baru dalam hidup Ayu dan suami tersayang.

Begitu juga dengan status sebagai isteri yang baru disandang itu tidak akan merobah karier Ayu sebagai pelakon.

Namun ada syarat-syarat yang sudah diletakkan oleh si suami demi keharmonian rumahtangga dan kasih sayang mereka sehingga ke akhir hayat.

Atas nama cinta, pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan @ Abu Bakar ini sedia menunaikan syarat tersebut.

Itu bukan sesuatu yang terlalu membebankan, kata Ayu, apatah lagi Zaquan sendiri berjanji tidak akan menghalang hasratnya untuk terus mewarnai dunia lakonan.


CLICK HERE


p/s :- best tgk org yg mendirikan rumah tangga... :-)

9 comments:

Izamir Ridzwan said...

tuan blog biler lagi nk diri rumah tgga

eddy syrol said...

alamak IR... jeng3x... no comment (bajet artis .heheheh)

Sunah Sakura said...

nak tanye cam IR gak lah..

Nur said...

eee...suka knun...so...amacam....bila g...:p

Solihin Zubir said...

kalau dh cinta, syarat apa pun sanggup.. heheh..

Unknown said...

xsabar rasanya nak kawen..haha

eddy syrol said...

sunnah muhammad:- alamak...dua org sdh ni tanya...habih lorr..ngeh3x..

eddy syrol said...

nur:- wekkk

solihin:- kan..cinta mendahului segalanya...

EDY kembar ku:- sila kawin ye segera..:P

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SO SWEET .... KATA ITU KOTA.... KALAU LAUTAN API PUN SANGGUP DIRENAGI INI KAN PULA SYARAT SEBEGITU.... BETULLLL KERRRR JANGAN MAIN JANJI MANIS DIMULUT AJERRR....