blog tuan tanah
سْــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
Aku tidak mungkin menjadi laksana bintang yang menemani sepi sunyi malam sang bulan, tak mungkin seperti ombak yang sentiasa setia menyapu gigi pantai, bukan juga seperti hujan yang akan turun membasahi bumi subur, atau menjadi mentari yang sinarnya menyenangkan seri pagi….. Aku cuma ingin menjadi anak emak yang terbaik.
Aku merupakan seorang anak yang mendapat panggilan sebagai Eddy. Anak emak yang sorang ni selalu disalah tafsir kononnya sukakan nama glamor. Mana ada kan mak? This is my real name since I was born, given by my lovely family. Aku merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Anak kepada pasangan Kholil Bin Umar dan Jubaedah Kalsum Bte Basuni.
Fokus hari ini bukan bercerita tentang keseluruhan ahli keluarga aku from A to Z. fokus kepada mak (panggilan kami kepada ibu tercinta). Seorang manusia yang telah melahirkan lima cahaya mata. Pasti mak kesakitan kan? Tapi aku yakin kami dilahirkan atas dasar rasa cinta bapa (panggilan untuk ayah) dan mak. Lahir dari rahim seorang ibu pada tarikh 8 disember 1986, akak cakap aku lahir dengan mudah. Alhamdulillah. Cuma kata akak lagi, aku mengalami sedikit masalah kesihatan di pusat. Orang sini panggil burut, so far aku tak tahu official name penyakit ini. Mak kata nenek yang duduk dekat sebelah rumah kami ni (Arwah Hjh. Nurayah) yang telah mengubati aku. Duit syiling yang menekup secubit tembakau lalu dililit dengan kain pada kawasan berpenyakit itu, dan alhamdulillah aku sihat. Cuma ada sikit bekas lagi pada pusat ni. Siapa nak tengok? Hehehehe… aku yakin mak mesti risau melihat keadaan aku ketika itu. Aku sayang mak.
mak merupakan seorang yang sangat tenang. Jarang aku lihat noda kekacauan di wajah itu. Biasa aku tau mak marah bila waktu abang aku (anak ke-3) buat hal. Abang aku ni memang nakal. Totally nakal. So bila mak berhadapan dengan kenakalan my brother ni, sure dia akan marah-marah. Kadang-kadang aku takut bila mak marah. Walaupun mak marah, tapi aku tahu dia sayang abang aku. Aku sayang mak.
Mak tak kerja. Dia suri rumah sepenuh masa. Kerja yang aku rasa semua orang nampak senang, tapi hakikatnya memang payah. Memasak, menyapu, mengemas rumah, mencuci pakaian dan melayan karenah seisi keluarga. Aku bangga dengan mak. Andai ditakdirkan kudrat lelaki difitrahkan untuk membuat kerja-kerja tersebut, belum tentu kaum adam seperti aku mampu bersabar dengan kerja-kerja tersebut. Hehehhehe…. Biasalah, lelaki kan. Hobby mak bercucuk tanam. Korang datang lah rumah aku, kalau nampak pokok buah-buahan dan sayuran itu merupakan kolaborasi mak dengan bapa. Kalau nampak bunga-bungaan, itu kolaborasi mak, akak dan my second brother. Aku ingat lagi, dulu ada sahaja pokok yang mak aku nak tanam. Almost everyday, bunga, sayur, buah betik dan lain-lain. Rajinnya mak. Tapi sekarang dah cool sikit, lebih kepada maintain benda yang sudah ada. Tapi, mak masih tetap rajin. Aku sayang mak.
Orang muda biasanya suka tengok wayang dekat panggung kan? Toksah tipu la, aku tau semua memang suka. Mak aku pun suka tengok wayang. Tapi dia ada genre tertentu la yang dia suka dan opkos dia tengok di TV saja. Dia suka dengan cerita P.Ramlee. apa-apa cerita P.Ramlee dia akan tengok. Memang peminat setia dia ni. Hehehehhehe… mak adalah teman setia bapa kalau tengok cerita P.Ramlee. Kata bapa, filem-filem P.Ramlee semuanya ada kronologi yang boleh memberi kesedaran sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sesiapa saja yang menonton. For sure mak akan angguk tanda setuju. Tapi satu yang aku pelik tentang mak, kalau dia tengok cerita sedih (drama atau filem) jangan harap mau tengok dia menitiskan air mata. Biar aku, kakak dan abang aku waimah bapa aku sudah bergenang air mata, dia tetap dengan wajah tenangnya. Malah kadang-kadang dia complain cara pelakon itu nangis. Tak sedih ka mak? Aku tau mak sedih, tapi dia seorang yang kuat pada hati dan tak mungkin menangis untuk perkara yang tidak-tidak. Aku sayang mak.
Kenapa aku sayang mak?
Nauzubillah kalau aku kata aku tak sayang mak. Seorang ibu yang mengandungkan aku 9 bulan. Yang bersusah payah melahirkan aku dalam kesakitan mendambakan lahirnya aku ke muka bumi ini. Sanggup bersusah payah, bergolok gadai demi kemakmuran rumahtangga. Tak mungkin aku tak menyayangi mak.
Aku ingat lagi, waktu tu aku darjah enam. Biasalah, budak-budak yang nak duduk peperiksaan ni (UPSR) akan ada kelas tambahan. For sure, kelas tambahan waktu petang sebab sekolah aku satu sesi sahaja (pagi). Bukan dari keluarga berada, Cuma dari keluarga sederhana, aku akan dibekalkan duit belanja cukup-cukup untuk waktu pagi. Itu pun beruntunglah duit tu kalau aku belanjakan, kalau tak untuk tabungan esok. Hari pertama kelas tambahan, aku ingat lagi masa tu sedang menunggu kelas seterusnya (tak ingat kelas apa). Time tu duduk di belakang sekolah, ada bangku dan meja khas betul-betul di bawah pokok. Tiba-tiba time sedang rancak berbual dengan kawan-kawan aku dengar suara orang panggil. Aku pandang pintu pagar belakang sekolah, nampak mak berdiri di situ sambil melambai-lambai tangan. Aku hairan. Rupa-rupanya mak bawakan bekalan nasi untuk aku. Ya Allah Ya Rabbi. Mak berjalan kaki bawakan aku makan tengah hari. Tapau baik-baik bungkus plastik lagi. Waktu tu aku sangat terharu. Walaupun rumah dengan sekolah hanya beberapa ratus meter sahaja, apa lah sangat kudrat seorang wanita pertengahan usia. Mesti mak penat kan berjalan kaki. Mak ni susah-susah saja. Aku sayang mak.
Pernah tak aku buat hal? Nak tanya mak sikit…. Tapi, setau aku budak bernama Eddy ni tak lah nakal mana. Betul…. Tak tipu. Bukan nak naik bakul angkat sendiri, tidak pernah sekali aku mahu menggores luka di hati mak dan bapa tercinta. Tapi dulu, waktu aku study degree, aku pernah masuk hospital. Seminggu lamanya di hospital. Siapa yang jaga aku? Mak lah…. Bermula dengan aku call abang aku minta dia ambil dekat hostel, sebab aku rasa lemah. Actually, before that aku pernah pain fall a few times Cuma aku biarkan. Bayangkan pengsan dalam beberapa minit, dan bangun sedar sendiri. Aku dulu time tahun 3 di U duduk bilik single. So, after pergi klinik (sempat lagi aku pengsan dalam kereta) abang bawa aku balik kampung. Mak risau, aku tahu. Time aku balik tu ada kenduri kesyukuran dekat rumah. Aku lupa kenduri apa, yang aku pasti time tu ramai orang. Habis sahaja urusan kenduri, mak datang tengok aku dekat bilik. Dia bangunkan aku supaya aku makan. I can’t even speak properly at that time. Rasa pitam buat aku terlentok dekat bahu mak. Aku time tu just dapat dengar yang ayah minta my brother hantar aku pergi hospital. Sebab muka aku dah pucat sangat-sangat. Time nak ke kereta, sekali lagi aku pengsan. Hadoooo…. Sampai hospital, check punya chek aku disahkan “suspected anemia”. Aku pun tak faham kenapa suspected, yang pasti kandungan darah merah aku mengalahkan orang melahirkan anak derr… 5.7 hgb semata-mata. Mana pergi darah pun aku tak tahu. Sepanjang di hospital, maklah yang jaga aku. Makan minum, buang air dan mandi semua mak uruskan. Aku sedih time tu. Kenapalah aku menyusahkan dia. Tapi aku yakin, mak mesti tak rasa menyusahkan menjaga aku. Dia sayangkan aku. Cuma sepanjang berada di hospital, pesan dia berkali-kali “kalau rasa tidak sihat, bagi tahu. Jangan diam-diam. Nanti sendiri susah”. Mak memang faham aku. Dia tahu anak dia ni susah buka mulut kalau tidak sihat. InsyaAllah, kesihatan akan diutamakan selepas ini. Aku nangis time satu pain darah dimasukkan dalam tubuh aku menggantikan darah yang hilang. Mak pandang aku sambil kata “kau kena kuat. Baru cepat sihat”. Mak…. Aku sayang mak.
Impian dan harapan buat Hjh. Jubaedah Kalsum
Mak, andai aku mampu memeluk gunung, akan aku hadiahkan padamu sang Kinabalu tanda kasih sayang aku. Andai lautan boleh menenangkan jiwa mu, akan aku dirikan mahligai indah di tepian pantai, biar kau selalu memandang laut lepas. Biar tenang jiwa mu. Andai awan mendamaikan sanubari mu, akan aku cuba beli menara tertinggi di dunia, biar kita sama-sama menikmati indahnya awan nun jauh di atas sana.
Mak, aku punya cita-cita dan impian. Tidaklah setinggi dan sehebat cita-cita orang lain. Tidak juga setinggi bintang-bintang yang berkedip di langit lepas. Aku mahu memiliki kehidupan sendiri. Mahu menjadi seseorang yang dapat mak ingati setiap detik dan waktu. Mahu menggembirakan mak (juga bapa) di hujung-hujung usia kalian. Aku nak mak rasa senang. Tapi mak…. Sedihnya, lepas habis study degree, eddy belum ada rezki lagi. Mak doakan eddy k. Eddy yakin doa mak akan terkabul. Eddy juga tahu mak mesti doakan eddy, masa depan yang baik untuk eddy. Eddy tak sabar nak menjakan mak seperti mana mak pernah manjakan eddy dulu-dulu. Janji, sampai bila-bila pun eddy akan jaga mak, dan pasti akan sayang dengan mak. You are such an irreplaceable women in my life…
Aku sayang mak…!!!
*** coretan ini buat encik sudirman yang telah menganjurkan contest ANUGERAH KHAS DARI SUDIR. sila klik di perkataan BOLD tersebut untuk join sekali ok.. atau layari saja http://sudirman1809.blogspot.com/2011/01/yehanugerah-khas-dari-sudirman-untuk.html
8 comments:
dah baca n dah masukkan dalam list contest di blog sya..tq..awak lupa letak header blog saya di ruangan entri awak..hehe
ok ok... i will..lupe :P
salam ziarah n follow ur blog..
mai singgah blog saya
wah.
dasat2.
XD
siapa tak sayang bini.
eh silap.
siapa tak sayang mak.
XD
Semoga Berjaya Untuk Contest Nie ^.~
awangku johan :- ok... i will :)
hizamirahim :- heheheheh...pandai la bini kan..ngeh3x..
kyerull :- tq tq
folo ur blog...:)
thx pembawa wacana :)
Post a Comment