berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan sindrom kerap kencing ni :-)
ADA pelbagai punca menyebabkan masalah kencing tidak lawas dan kencing malam. Disebabkan saudara masih muda, masalah yang anda hadapi bukan berpunca daripada pembesaran kelenjar prostat.
Kerap kencing pada waktu malam atau nokturia berpunca daripada pengambilan air yang banyak sebelum tidur terutama minuman berkafein.
Ini kerana kafein mempunyai kesan diuretik iaitu suatu kesan yang menghasilkan air kencing yang banyak. Ketika ini, cuba kurangkan pengambilan minuman terutama yang mengandungi kafein seperti kopi sebelum tidur.
Selain itu, masalah seperti penyakit kencing manis dan diabetes insipidus boleh menyebabkan seseorang kerap kencing waktu malam. Semua masalah ini boleh dihadapi oleh seseorang yang muda seperti saudara.
Kencing yang tidak lawas boleh terjadi akibat jangkitan saluran kencing. Apabila ini berlaku, seseorang yang menghadapi masalah ini akan kerap ke tandas; merasa kencing tidak puas; tidak dapat menahan kencing; kencing terasa panas dan pedih; sakit pada bahagian ari-ari; kadang kala mengalami kencing berdarah serta demam.
Penyakit yang dikenali sebagai overactive bladder juga boleh menyerang golongan muda seperti saudara. Seseorang yang mengalami masalah ini akan merasa kencing tidak puas; kencing yang tidak habis; kerap berkunjung ke tandas hingga pada kadar lebih 10 kali sehari; tidak dapat menahan kencing dan kadang kala berlaku kebocoran kencing jika ditahan lama.
Sehubungan itu, saya nasihatkan saudara berjumpa pakar urologi untuk menyelesaikan masalah ini. Ujian darah perlu dilakukan untuk memastikan saudara tidak mengalami masalah kencing manis.
Untuk makluman saudara, masalah yang anda hadapi ini tidak ada kaitan dengan kecenderungan melakukan onani secara kerap.
Tanda-tanda kencing tidak lawas akibat jangkitan saluran kencing:
Tanda-tanda pundi kencing lebih aktif (overactive bladder):
sumber :- berita harian on9
p/s :- ada supplement food nak bg kite kerap kencing konon untuk kurus, ye ke? hehehe... slimming tea katanya...
3 comments:
x kn nak kurus g kot..hhehee...:p
tidak la nur mau kurus..mo gumuk :P
thx armouris :-) ill view
Post a Comment