gitu tajuk...!!
sebenarnya entry ni aku tulis nak mencerna jew apa yang aku dengar dari cerita orang-orang semalam. nak di jadikan cerita (psst..pstt).. pihak G nak menaikkan elaun guru KAFA (org2 ni ckp la kanzz). jadi dari elaun yg dulunya hanya 500 now naik pada 800. so, semua guru KAFA mesti urut dada tanda kesyukuran derr...
tapi.... (jeng jeng jeng)...
ada satu syarat yang jelas menimbulkan kekeliruan dan kerungsingan di hati para guru KAFA. syarat untuk sesi PNP kelas KAFA bermula tahun ini ialah kena membuat sesi PNP pada weekdays (no weekend & malam) dan kelas selama 3 jam sehari selama 5 hari.. wow..!!!
kekeliruan timbul apabila guru KAFA perlu mengajar dalam lima hari pada hari bekerja.. sebenarnya, situasi d negeri ini tak sama dengan situasi di semenanjung sana. di semenanjung, sekolah KAFA dan sekolah agama adalah dua entiti berbeza. maknaya, kalau ibu bapa yang suka anak mereka belajar agama sekali dengan akademik, ok fine mereka hantar ke sekolah agama (di mana kurikulum sekolah biasa juga ada). kalau mereka tak suka, boleh hantar sekolah biasa dan nanti ke kelas KAFA.. dan yang paling best, tiada pertindihan antara KAFA dengan sekolah agama dan sekolah biasa..dan KAFA di semenanjung ada sistem pentadbiran yang sama hebat dengan sekolah agama (siap ada ala2 sekolah sendiri lagi).
di negeri INI, tidak ada sekolah rendah agama yang menyediakan silibus or kurikulum mcm dekat sekolah agama di semenanjung (di sini di panggil sekolah SUIS). so, anak-anak yang menghadiri sekolah biasa waktu pagi akan ke sekolah agama pada sesi petang. dan kelas KAFA biasanya akan ada pada waktu malam atau weekend. so, now bandingkan situasi ini dengan situasi di semenanjung malaysia. berbeza kan..? andai kata kelas KAFA nak dijadikan 5 hari seminggu PNP waktu bekerja, apa nasib guru2 KAFA? mana mereka nak cari murid? semua murid (atau 80% menghadiri sekolah agama)
penyelesaian :- berhenti dan hilang pendapatan.
di harap pihak G boleh la fikir tentang situasi yang wujid. sebelum di kuatkuasakan, kaji situasi d pelbagai tempat. jangan fikir belah sana saja tau. belah sini pun CINTA + SAYANGKAN pihak G.
kenaikan elaun tu takkan bermakna kalau kelihatan seperti ada udang di sebalik batu.. \
sama-sama kita fikir dan muhasabah ye...
p/s :- just nak rungkaikan keluhan orang2 yg bercerita tu... peace no war!!
No comments:
Post a Comment