PENUBUHAN Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang dilancarkan Datuk Seri Najib Razak, kelmarin memperlihatkan komitmen kerajaan untuk terus memperkukuhkan kedudukan ekonomi Bumiputera dan menyediakan persaingan sihat untuk masyarakat perniagaan di negara ini. Unit ini adalah manifestasi tekad kepemimpinan Perdana Menteri mahu memastikan proses penyertaan aktif Bumiputera dalam arus ekonomi perdana negara yang dirancang rapi dan berterusan. TERAJU sebenarnya jawapan kepada sebahagian persoalan dan kebimbangan akar umbi mahupun kepemimpinan Melayu pada semua peringkat mengenai kedudukan serta masa depan ekonomi Bumiputera dalam era globalisasi. Kita percaya kewujudan TERAJU adalah susulan agenda yang diketengahkan Biro Ekonomi UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 lalu yang mencadangkan penubuhan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang berperanan sebagai badan pemantau dan penyelaras kemajuan usahawan Bumiputera untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (BCIC) yang berjaya. Dalam tempoh tidak sampai empat bulan, MTAB dianggotai panel pemimpin, tokoh serta pakar berjaya menyusun kerangka organisasi dan operasi TERAJU. Masyarakat perniagaan, khususnya Bumiputera menaruh harapan dan keyakinan kepada Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Husni Salleh yang menerajui unit itu bagi menyusun gerak kerja yang komprehensif bagi mencapai matlamat digariskan. Najib ketika mengumumkan pelantikan Husni, menegaskan TERAJU akan beroperasi dalam empat aspek dan dimensi bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan inisiatif yang dirancang, iaitu hasil dituai dalam masa terdekat mengelakkan pertindihan tugas pelbagai badan dan institusi, bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam program baru dan menentukan penilaian dari segi hasil dan prestasi.
Kejayaan TERAJU mencerminkan kemampuan Bumiputera dalam perniagaan, sekali gus digambarkan dengan kejayaan lebih banyak syarikat milik Bumiputera disenaraikan di Bursa Malaysia. Kita percaya sasaran menyenaraikan lima syarikat Bumiputera di bursa dapat dipenuhi TERAJU tahun ini. Pengalaman Husni sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Venture Capital Management Berhad (MavCap) sebelum ini mampu membawa TERAJU ke landasan yang tepat, termasuk merangka pelan induk mengandungi perincian inisiatif terbaru atau diberi penambahbaikan untuk meningkatkan pembabitan Bumiputera dalam sektor ekonomi. Ketika ini penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara kira-kira 18 peratus, walaupun dari segi komposisi penduduk, jumlah mereka kira-kira 53 peratus daripada penduduk negara ini. Oleh itu, kemampuan komuniti perniagaan dan industri Bumiputera mesti diperkukuhkan bagi menghadapi persaingan baik pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Oleh itu, TERAJU perlu memainkan peranan mewujudkan kelompok pemain baru lebih ‘versatile’ dan dinamik untuk menyertai kelompok Bumiputera yang sudah berjaya, sekali gus melahirkan pasukan mantap dan berkesan. Hakikatnya, TERAJU yang menjadi sebahagian sekretariat MTAB adalah komponen terpenting dalam transformasi ekonomi Bumiputera dan turut menyumbang kepada kejayaan keseluruhan proses transformasi ekonomi negara. Kelebihan menguasai ekonomi adalah ‘senjata’ dunia tanpa sempadan dan sewajarnya peluang yang ada direbut sebaik mungkin usahawan Bumiputera supaya muncul sebagai bangsa dominan dalam ekonomi.
sumber berita harian online

No comments:
Post a Comment