macam mana nak buat orang percayakan anda? susah tau.. apatah lagi bila korang bercakap sesuatu yang mereka tak nampak depan mata kepala mereka sendiri... tunjuk gambar? zaman sekarang gambar tidak menunjukkan bukti kukuh sangat, sedangkan video pun boleh diselewengkan, inikan pula semudah gambar.
kepercayaan. perkara ini wujud hasil dari bagai mana minda kita berfikir terhadap sesuatu subjek (perkara@manusia@hidupan), maka wujudnya kepercayaan atau sebaliknya iaitu ketidakpercayaan. andai kata minda kita berfikir perkara yang positif hasilnya adalah kepercayaan tetapi apabila minda kita menghasilkan jangkauan negatif, maka hasilnya ketidakpercayaan.
bagi aku penting untuk orang mempercayai aku. tetapi, sudah menjadi tidak penting apabila kita telah cuba membuktikan yang kita harus dipercayai tetapi masih tidak dapat meraih kepercayaan siapa2. dalam situasi ini, insan yang perlu mempercayai diri anda ialah diri anda sendiri. percayalah pada diri sendiri andai anda berada di pihak yang benar. yakinlah, kebenaran itu akan terbukti juga kelak walaupun melalui proses yang lama dan rumit.
p/s : melakukan sesuatu yang baik, tidak semestinya kita akan memperolehi balasan yang baik, namun berharaplah agar diri kita selalu melakukan perkara baik, kerana inilah hasil yang sebenar-benarnya melakukan perkara yang baik. (~_~)
5 comments:
ermmm.. betul tu... memang susah.. tapi sebenarnya tingkah laku kita sebenarnya yang boleh memberi interpretasi yang baik kepada orang... tak perlu pun nak buat benda lain... just act like the way you're... tapi kita kene tahu la apa yang kita lakukan... susah nak dapat kepercayaan orang... bagi saya, saya tidak boleh mempercayai seseorang dalam hidup saya 100%... orang yang baik ngan kita pun tak boleh percayai sangat sebenarnye... jadi jangan terlalu percaya kat orang... kadang-kadang dia akan buat kita kecewa....
ya betul tu..kadang2 dah tersungkur.. xde sape nak tolong angkat.. tp tak bermaksud kita tak boleh bangun..cubalah walau merangkak sekali pun.. sebab kalau tak cuba..kita tetap di situ. percaya diri kamu.
azrul : stuju dengan anda... memang tak boleh trust org seratus peratus... itu hakikat mutlak hidup dkt dunia di zaman ini...
adibah : yup...we need to trust our self... org tak tahu kita mcm mana, just kite je tahu kite camne kan...
oohhh....jgn percaya kt saer2 je..kn senang..kan3...
hawis: kene gak trust pada sesiapa...kalau tak, tak best la hidup..ape lahh
Post a Comment