edDy sYrOl

Tuesday, May 3, 2011

akad

Assalamualaikum...

baru nak terasa update blog hari ni. being bz sejak pagi td sampai lah tgh malam. ni je baru leh rest2 sikit. lupakan lah keje tu kejap kan kan kan.. time for BW la pulak.

baik, kembali kepada tajuk entry kali ini. berkaitan dengan akad. tapi aku bukan nak cakap pasal akad nikah ya. aku nak share pasal akad jual beli. korang tahu tak, di dalam Islam akad jual beli ini sangat penting. kalau dalam soal nikah kahwin, akad ni sangat penting. bermula dari pasangan pengantin, tok kadi,wali, lafaz dll.

baik, mari kita tinjau hal2 berkaitan akad jual beli ni.

Rukun jual beli

1. Ada penjual
2. Ada pembeli
3. Ada barangan
4. Ada ijab
5. Ada qabul.

Akad Jual Beli :

Akad jual beli boleh dengan bentuk perkataan mahupun perbuatan :
• Bentuk perkataan terdiri dari Ijab yaitu kata yang keluar dari penjual seperti ucapan " saya jual" dan Qobul yaitu ucapan yang keluar dari pembeli dengan ucapan "saya beli "
• Bentuk perbuatan iaitu muaathoh (saling memberi) yang terdiri dari perbuatan mengambil dan memberi seperti penjual memberikan barang dagangan kepadanya (pembeli) dan (pembeli) memberikan harga yang wajar (telah ditentukan).

sebenarnya, berakad dalam jual beli ni tidak semestinya di lafazkan (menurut penerangan di atas) cuma sebagai muslim, kita tak salah untuk memperaktikkan perkara yang boleh mendatangkan pahala. yakinlah, perbuatan kecil mana pun yang kita lakukan, atas dasar Kerana Allah swt,dan perkara tersebut adalah perkara baik, InsyaAllah akan diberikan pahala. berakad lah kita ketika jual beli ya..

p/s: mudah nak menemui halal, tapi nak mencari yang halalan toyyibah sangat susah (~_~)

7 comments:

elis wanie said...

heiii eddy!! igt wani tak...hahhaha..

Ahmad Naim said...

saspen lebih la pokcik nih

Anonymous said...

memang jika tidak dibiasakan dalam akad jual beli akan kekok atau malu tetapi jika diamalkan berkatnya hanya Dia Yang Maha mengetahui

Azri Fathurrahman said...

tak lafaz akad pun takpe kan , yang penting niat dalam hati nak beli/nak jual . weee ~ :P

eddy syrol said...

hai wani : ingat lah..... my sifu tuuuu

noim : hehehe..ko mmg fikir lain kan..

suarasepi: kann... InsyaAllah kita istiqomah la ye

eddy syrol said...

azri : ye... kan ada dua jenis akad.. praktikkan lah antara dua...

hawiz said...

yeayy.,.nak akad yg lain..yg kawen tu..nak yg tuuu..nakkkkk..ahaha