edDy sYrOl

Friday, June 10, 2011

cerita khatib khutbah jumaat

sekadar gambar hiasan

Jumaat is today... maybe nak bagi pendapat yang sedikit serius lah kot. berkenaan tajuk entry ni lah iaitu khatib khutbah jumaat. bukan apa, aku baru tergerak hati nak tulis. mungkin hanya pendapat lemah dari org yang serba kekurangan dalam segalanya.

aku dah bertahun menghadiri solat jumaat (di sini). dan 90% khatib yang memberikan khutbah nampaknya seperti kurang meyakinkan menyampaikan khutbah. ada sebahagiannya memang 100% refer kepada text yang diberikan. atau, adakah memang khatib kena rujuk text yang disediakan sahaja untuk membaca khutbah? itu aku tak pasti, sebab yang aku lihat sebelum2nya ada juga khatib yang berkhutbah dengan menambahkan idea sendiri di samping menjadikan text yang disediakan sebagai rujukan sampingan.

khatib ada yang aku tengok hanya membaca text. baca pun tersekat2. ada pula yang menyampaikan khutbah (dengan membaca text) tapi suara tidak meyakinkan. dari pendengaran sepertinya nak mengajak kita para jamaah untuk berbuat kebaikan, tapi nadanya seperti 100% membaca tanpa emosi. mesti ramai yang akan kata aku ni berlebih-lebihan dalam memberikan pendapat kan? tapi percayalah, sebagai khatib, kita bukan sekadar perlu menjadi individu yang boleh membaca tulisan rumi dan jawi dengan baik (kalau rujuk text) tapi menghayati khutbah yang kita sampaikan <----- sebab tu lah aku kata kalau tak rujuk text tapi dpt sampaikan khutbah dgn berkesan adalah lebih baik. 100% lebih baik.

aku berkata mcm ni dari pemerhatian sepanjang mendengar khutbah. ada juga khatib yang mampu berkhutbah tanpa text. malah lebih memukau para jamaah untuk tidak TIDUR ketika khutbah dibacakan. so, di sini aku terfikir. khatib2 yang just membaca sahaja ni adakah mereka tidak sedar akan pentingnya menarik minat jamaah mendengar khutbah? cadangan aku, jika tidak mampu untuk menarik jamaah mendengar khutbah, lakukan saja khutbah dengan mengambil perkara wajib sahaja, tidak pun meminta individu lain memberikan khutbah jumaat. ini kan soal umat. soal jamaah yang seberapa ramai berhimpun. jika kerana asbab khutbah yang kita bacakan membuatkan jamaah tertidur, adakah kita mandapat pahala? rasanya semua sudah tahu jawapannya...

boleh membaca text khutbah, tapi buatlah persiapan awal. jangan kelihatan seperti anda adalah khatib yang sedang mengikuti pertandingan membaca text di hadapan orang ramai.

p/s : maaf andai kata pendapat ini terlalu sensitif, tapi aku berfikir sesuatu untuk kebaikan bersama. (~_~)

8 comments:

Ash said...

aku tertido mase khutbah tadi.. hampeh je..

eddy syrol said...

pasal ko tido aku no comment ye yazid..hehehe

Ash said...

biasa aku tak tido.. x tau la, mgkn sbb td hujan kot.. sejuk je kat masjid, terus terlelap.. haha!!

eddy syrol said...

next time jgn tido ye...hehehhe...tp lau sejuk kuat angin memang biasa lelap, apa lagi tgh hari yg lapar kannn

hawiz said...

hmpir tertido..hehe

eddy syrol said...

nasib tak tertido trus kan..huhuhuu

bintufadeen said...

maaf ye...
pendapat sy pula begini...
lebih baik kiranya anda terus jumpa khatib tu secara direct@jumpa AJK surau utk buat aduan..lebih efektif rasanya :)

bukan senang sebenarnya nak memberi khutbah..bila tgk imam muda,baru la sy rasa, "oh,kte perlu hargai si khatib" tak kira la seronok@kurg seronok..sebab rasanya dia pun taknak bg khutbah ni..tp org dh bg tanggungjawab..nak@xnk kena juga buat..fardhu kifayah..kalau nak pass pada org lain,ada yg nak terima??mgkin ada,tp susah nk jumpa..

tp x nafikan mmg betul teguran anda.. :)
*sekadar berkongsi pendapat* allahua'lam.. :)

1st time jenguk ke blog ni^^

eddy syrol said...

saudari bintufadeen : terima kasih atas respond anda.. ya, saya juga hanya berpendapatan saja.. huhuhu... sebab tu lah yang paling effective ialah adanya khatib tetap dalam bilangan lebih dari satu, dan prosesnya kena lah ada temud duga..bukan kah fardhu kifayah itu perlu dilakukan dengan sepenuh jiwa bukan cuma sekadar buat saja (~_~)