ketika kita bangun dari tidur, sebenarnya semua makhluk Allah juga bangun (mungkin tak tidur) berlumba-lumba bertasbih pada Sang Pencipta. pepohon bertasbih,burung bertasbih, batuan bertasbih -- tiada yang terkecuali melafazkan tasbih pada Yang Maha Agung. bukankah rugi bagi kita yang lupa untuk melakukan ini?
oklah, saja nak bagi mukaddimah. untuk renungan bersama. refer kepada tajuk entry kali ini, mungkin lebih tepat untuk aku katakan SEGELINTIR BESAR artis Malaysia tidak bijak. kenapa aku katakan begitu? sebab ini menurut pemerhatian aku lah melalui stesen TV juga media massa yang lain.
situasi 1 : wartawan bertanya "kenapa sekarang pakai tudung nampak lain dari sebelum ni?tak bimbang ke nanti peminat kata apa2?" si artis menjawab "ooo... (sambil tergelak kecil). ni cuma nak sesuaikan dengan aktiviti kali ni.mungkin orang nampak A (bukan huruf sebenar) ni lemah lembut je kan, tapi sebenarnya A ni lasak..alah...kan masih tutup rambut lagi." FYI, artis ni pakai tudung cam rahib tu, nampak leher dan baju ketat giler waktu disoal wartawan.
situasi 2 : wartawan bertanya "kenapa B (bukan huruf sebenar) selalu berpenampilan sexy ye, tak risau ke kontroversi sebab penampilan mcm tu?" si artis menjawab "owh...sebenarnya saya berpenampilan sexy cuma untuk mewakili sesuatu produk saja.tak pun kalau berada di majlis2 yang bersesuaian, tapi saya yang sebenar biasa saje.saya rasa orang boleh terima saya ketika bekerja dengan di luar waktu kerja."
situasi 3 : wartawan bertanya "kenapa sanggup pegang watak mcm tu?adegan mcm tu nanti kan menimbulkan kontroversi?" si artis menjawab "itu cuma watak dalam filem.jadi untuk lebih menjayakan watak tersebut, adegan mcm tu rasanya tak salah.lagipun hanya tujuan lakonan kan, lagipun org akan faham adegan ranjang mcm tu ada nilai moral di akhir cerita."
jawapan2 tadi merupakan jawapan segelintir para artis yang boleh dilabelkan bijak menjawab soalan wartawan. memang di akui, dalam sekelip mata soalan kontroversi dari wartawan mampu ditutup oleh jawapan yang nampak sangat spontan NAMUN jawapan yang mereka anggap bijak itu sebenarnya sangat tidak bijak. eh eh eh....dekat mana jawapan tu nampak tidak bijak? fikir lah sendiri.... aku rasa artis2 yang bagi jawapan mcm ni adalah artis yang keliru dengan diri mereka sendiri.keliru dengan apa yang drg katakan dan keliru dengan apa yang drg lakukan.
p/s : sama2 lah perbaiki diri.Ilmu kan penting (~_~)
5 comments:
betol...sokong ape eddy ckp.....mungkin bijak untuk tidak menimbulkn kontroversi tp hakikatnyer tidak bijak dr segi moral...opsss....terkutuk laks..ahahahaa..matilah..
thats why artis malaysia xleh dijadikan ikon or idol
betul2
paling aku pelik dgn jawapan artis yang diberikan watak bertudung dan berkata jemu dengan watak bertudung
mahu watak yang tidak bertudung
sedih plak baca
haihhhh
Artis A : Saya bertudung kerana watak..
Artis B : Saya separuh bogel kerana watak..
Artis C : Saya berlakon adegan panas sebab ikut skrip..
kan...kalau ckp no comment je takut lak drg kene kutuk tak bijak...
Post a Comment